15 Disember, 2009
KISAH MUKTABAR : JURAIJ DAN DOA BONDANYA
Kisah yang akan dipaparkan ini merupakan kisah benar sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.
Terdapat seorang ahli ibadat yang bernama Juraij. beliau banyak beribadat sehingga didirikan sebuah biara untuk dan dia tinggal disitu. suatu hari ibunya datang ketika dia sedang solat. ibunya memanggil : wahai Juraij!. Juraij berkata dalam hatinya :"wahai Tuhan, ibuku memanggil padahal aku sedang solat." Juraij memilih meneruskan solat sehingga ibunya pergi.
Pada keesokan ibunya datang semula dan Juraij masih solat. begitulah yang berlaku sehingga hari yang ketiga namun Juraij tetap dengan solatnya sehingga ibunya berdoa :”Ya Allah jangan Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur.
Sejak itu kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadatnya. ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata : jika kalian mahu aku akan menggodanya untuk kalian. maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur itu mendatangi pengembala kambing yang singgah berteduh di biara Juraij, dia menyerahkan diri kepada pengembala itu menyetubuhinya sehingga pelacur tersebut hamil.
Setelah anak itu dilahirkan pelacur tersebut mendakwa : Ini adalah anak Juraij. maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, merobohkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya : kenapa kalian melakukan semua ini?. mereka menjawab : Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak.
Juraij bertanya : di manakah anak itu?. lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. dia berkata : Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu. maka Juraij bersolat. setelah selesai, Juraij mendatangi bayi itu, memukul perutnya lalu bertanya : Wahai bayi, siapakah bapa engkau?. Bayi itu menjawab: Bapaku ialah pengembala kambing.
Bila mendengar jawapan tersebut orang ramai datang kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya dan berkata:kami akan membangun semula biara kamu daripada emas. Juraij jawab: Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah seperti asal.
MORAL :
- Doa seorang ibu terhadap anaknya dimakbulkan oleh Allah.
- Utamakan menyahut panggilan ibubapa sekiranya melakukan amalan sunat.
- Allah sentiasa menolong hambanya yang bertakwa.
WALLAHU TA'ALA A'LAM
1 comments:
jangan sekali-kali menyakiti hati dan perasaan ibubapa anda...muliakan mereka seadanya
Catat Ulasan