Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan tips untuk menjawab soalan susun perkataan agar menjadi ayat lengkap.
Salah satu bentuk soalan yang terdapat dalam buku teks ialah menyusun kalimah. Untuk menguasai soalan ini pelajar mestilah :
1. Mengetahui banyak makna perkataan ( tharwah ) sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Pelajar yang ingin cemerlang Bahasa Arab tidak dapat tidak mesti menghafal makna perkataan seberapa banyak yang mungkin. Inilah kunci untuk menjawab soalan susun perkataan. Macamana dapat disusun perkataan dengan tepat sekiranya makna perkataan tersebut tidak diketahui.
2. Tuliskan makna yang diketahui pada semua perkataan.
3. Sekiranya terdapat kata kerja ( الفِعْل ), letakkan kata kerja tersebut di awal ayat. Kemudian cari pelaku/ orang yang melakukan kata kerja tersebut ( الفَاعِل ). Ia dapat dikenali dengan berbaris di depan (ُ ) pada akhir kalimah tersebut. Contoh :
الطَالِبُ | رَاجَعَ |
pelajar itu( Pelaku ) | mengulang kaji ( kata kerja ) |
4. Sekiranya terdapat objek / benda yang kena buat ( المَفْعُولُ بِه ) yang berbaris di atas ( َ )pada akhir kalimah maka letakkan pada susunan yang ketiga iaitu selepas kata kerja dan pelaku.
الدَرْسَ | الطَالِبُ | رَاجَعَ |
pelajaran( objek ) | pelajar itu( Pelaku ) | mengulang kaji ( kata kerja ) |
5. Sekiranya terdapat masa/ waktu maka letakkannya di akhir ayat.
مَسَاءً/ فِى المَسَاءِ | الدَرْسَ | الطَالِبُ | رَاجَعَ |
pada waktu petang | pelajaran( objek ) | pelajar itu( Pelaku ) | mengulang kaji ( kata kerja ) |
6. Sekiranya terdapat harf/ partikel ( seperti في على من ), letakkan sebelum kata nama yang mempunyai alif lam.
الكِتَابُ عَلَى الرَّفِّ
Buku itu di atas rak
7.Sekiranya disandarkan dua kata nama, kata nama yang pertama tanpa alif lam dan kata nama yang kedua terdapat alif lam. Contoh :
سَاحَةُ المَدْرَسَةِ | جِهَازُ الكُمْبِيُوتَرِ |
halaman sekolah | peralatan komputer |
8. Sekiranya dalam ayat itu tiada kata kerja iaitu jumlah ismiyyah maka perkataan di awal ayat hendaklah terdapat alif lam. Contoh :
البِنْت بَاكِيَةٌ | الحَدِيقَةُ جَمِيلَةٌ |
Budak perempuan itu menangis | taman itu cantik |
Itulah serba sedikit tips-tips untuk menyusun ayat. Diulangi sekali lagi bahawa untuk menguasai soalan ini anda mesti tahu makna-makna perkataan dalam soalan tersebut. Oleh itu, hafal dan ingat perkataan sebanyak mungkin. Semoga tutorial ini dapat membantu anda semua.
WALLAHU TA'ALA A'LAM
13 comments:
ERM....rupa2nya sng gak bahasa arab nie...aslkn kta thu mknanya jerk.
Klau rajinguuna
Terima kasih utk tip ni...
Sangat bagus..saya sangat sukakannya dan faham
Sangat bagus..saya sangat sukakannya dan faham
X faham
assalamualaikum ust, sy ajr murid sk rendah & ramai murid yg trlalu lemah. Boleh @ tidak sy perkenalkan kaedah hanya kenal baris akhir shj utk bantu murid lmah menyusun ayat?
Terima kasih ustaz
x faham tolong jelas kan sikit lagi boleh
x faham tolong jelas kan sikit lagi boleh
Terima kasih ustaz sebab bagi kefahaman tentang penyusunan ayat bahasa arab. Moga moga dengan ilmu ini saya dapat menjawab ujian dengan betul. TQ .��
Aslm..kalau huruf..diletakkan diantara alif lam..kalau ad dua alif lam
..mne satu yg first..
Catat Ulasan