07 Oktober, 2013
Larian Terbuka Kelantan 2013 : Menimba Pengalaman Baru
AbuAqil aka AbuSakeena
Hidup ini akan lebih
bermakna, seronok dan bermotivasi bila kita sentiasa mencuba dan menngecapi
perkara baru. Sekiranya kita hanya melalui perkara yang sama sejak 20 tahun
akan datang, kita akan berasa ‘boring’ dan tidak bermaya. Itulah realiti
kehidupan dan fitrah manusia. Ingin kepada perkara yang baru.
Tarikh 5 Oktober 2013 lepas
tercatat sejarah baru dalam diari kehidupan peribadi saya. Saya sendiri pun
tidak sangka akan menjadi salah seorang peserta bagi kejohanan ‘Larian Terbuka
Kelantan 2013’. Acara ini merupakan anjuran Program Sains Senaman Dan
Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (USM) dan Kelab Kesihatan dan
Kesejahteraan Masyarakat Kelantan serta mendapat sokongan Sinar Harian dan Bank Rakyat.
Saya mengetahui acara ini melalui page kota Bharu Bandaraya Islam di
Facebook lebih kurang dua bulan sebelum kejohanan. Tanpa bertangguh saya terus
mendaftar diri memandangkan setiap kategori hanya terhad untuk 200 orang
peserta sahaja. Saya mengambil bahagian kategori veteran dengan bayaran yuran
penyertaan sebanyak RM30.00. Pada dua hari sebelum acara bermula, semua peserta
dikehendaki mengambil nombor dan t-shirt yang akan dipakai pada hari larian
nanti.
Tujuan saya menyertai larian tersebut bukan untuk muncul sebagai
pemenang. Sebab memang tak akan menang pun. Tapi sekadar untuk memotivasi diri
sendiri agar sentiasa berusaha beriadah agar dikurniakan kesihatan yang lebih
baik.
Hari Larian
Bangkit seawal
5.00 pagi, bersarapan dengan nasi berlaukkan telur masak separuh yang
disediakan oleh zaujah. Terima kasih kepada zaujah yang turut sama memberi
sokongan. 6.15 pagi bertolak ke HUSM. Sampai awal di Kompleks Sukan 2,HUSM. Peserta-peserta
pelbagai kategori telah memenuhi padang. Ramai juga yang berminat untuk
menyertai larian ini termasuk kelihatan seperti pelari profesional berdasarkan
penampilan mereka. Tiada harapan nak menang.
Kategori lelaki
veteran dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan jarak trek sejauh 6 km sahaja. Saya
berada dalam kelompok tengah semasa di garis permulaan. Pada awal larian, saya terpengaruh dengan
kelompok di depan yang profesional yang terus memecut menyebabkan rasa
kepenatan walaupun belum keluar pintu pagar HUSM. Terasa semacam nak tarik diri
awal-awal namun selepas memperlahankan larian keadaan kembali normal.
alhamdulillah
kerana sempat juga berlari tanpa henti sejauh 2 km. setelah itu baru berhenti
berjalan sekejap-sekejap dan meneruskan larian. Tiba di garisan penamat setelah
berlari selama 38 minit. Entah dapat nombor yang ke berapa. Tidak dilayan pun oleh
urusetia di garisan penamat menandakan telah ramai yang tiba sebelum saya.
Saya sendiri
pun tidak percaya saya dapat menghabiskan larian sejauh 6 km. kerana sebelum
ini jenis riadah yang tidak digemari ialah berlari. Mula aktif berlari ialah
sejak tahun lepas setelah ditimpa masalah arteri tersumbat. Mula aktif bersenam
dan ‘joging’ sama ada di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kompleks Sukan Panji
atau di tali air di kampung sendiri. Pernah beberapa kali berlari di pantai
Irama. Masih juga aktif dan mula bermain futsal sekali seminggu. Tiada pilihan
lain kerana sejak akhir-akhir ini kurang pantang dalam mengambil makanan.
Insya Allah
saya berazam pada masa akan datang akan terus menyertai acara larian agar mendapat jasad yg lebih sihat
seterusnya mampu beribadat dengan lebih sempurna.
2 comments:
salam ustaz nak tanya skit...
macam mana nak ikrab dhomir na ( nahnu ) untuk perkatan حياتنا
apa beza hayatihi dan hayatuhu...krn dhomir ha isim mabni tp boleh baca ha dan hu..
syukran...
ia akan jadi mudaf ilayh majrur
Catat Ulasan