Mereka juga senang berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan kerana tidak mudah tergoda dengan nafsu makan. Puasa juga menyumbang dalam memperoleh badan yang sihat. Golongan ini masih lagi dalam kumpulan yang selamat dan tahu nilai amanah menjaga kesihatan.
17 Oktober, 2013
Hidup Sihat : Empat Jenis Manusia
Sebagaimana yang diketahui
sesungguhnya menjaga kesihatan merupakan tuntutan agama. Namun ramai di
kalangan kita yang mengabaikannya sehinggalah mereka di timpa pelbagai penyakit
kronik yang boleh membawa maut. Artikel kali ini saya ingin bermuhasabah
tentang beberapa jenis golongan manusia dalam menjaga kesihatan.
Fokus utama ialah dua
perkara asas untuk memperoleh fizikal yang sihat iaitu faktor bersenam atau
bersukan dan faktor pemakanan. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup
saya terdapat empat golongan :
1) Golongan yang sangat
cakna dan obses dalam menjaga kesihatan. Mereka ini golongan yang sangat
prihatin tentang cara untuk mendapat kesihatan yang sempurna. Mereka menjaga
pemakanan dan berpantang serta berusaha sedaya upaya menghindari sumber makanan yang boleh memudaratkan seperti lemak, makanan berminyak dan berkolesterol
tinggi. Mereka juga menjadikan amalan bersenam sebagai rutin kehidupan mereka
sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu. Mereka memilih untuk pergi ke gym atau
beriadah di taman-taman awam, berenang
di kolam, membersihkan laman rumah, berkebun dan seumpamanya.
Tidak dinafikan amat sukar
untuk meletakkan diri dalam golongan yang terbaik ini. Kebanyakan orang boleh
istiqamah bersukan namun tewas dengan godaan pemakanan. Itulah saya : ). Tidak ramai
yang mampu berada dalam kumpulan ini. Di antara golongan dalam kumpulan ini
ialah individu yang terlibat dengan sukan bina badan. Pemakanan mereka sangat
ketat dan lebih banyak makanan yang tidak boleh dimakan daripada yang boleh. Mereka
juga berdisiplin dalam senaman kardio atau senaman pemberat untuk membina otot-otot
badan.
2) Golongan yang kedua ini
lebih ramai daripada yang pertama. Golongan ini istiqamah dalam bersukan
sekurang-kurangnya 2-4 kali seminggu namun mereka kurang cakna dalam pemakanan. Mereka bersenam namun merembat apa sahaja makanan tanpa mempedulikan yang masuk ke
dalam perut adalah lemak, minyak, gula dan garam berlebihan atau kolesterol. Asalkan halal dan lazat. Saya
juga termasuk dalam golongan ini.
Bukan senang nak jaga diet kerana budaya pemakanan orang melayu tidak menjurus kepada diet sihat. Sarapan telah menjadi kebiasaan menjamah nasi lemak, nasi berlauk, roti canai ditambah pula dengan minuman
manis seperti teh tarik dan seumpamanya. Makan petang pula dihidang dengan
pisang goreng, keropok goreng atau cekodok. Namun golongan ini masih beruntung
kerana ada juga ruang untuk mengimbangi pemakanan negatif tersebut dengan melibatkan
diri dengan aktiviti berpeluh seperti bersenam. Mudah-mudahan senaman akan dapat mengatasi tabiat buruk diet
tanpa sempadan.
3) Golongan yang ketiga tidak
jauh beza dengan golongan kedua cuma tukar tabiat. Golongan ini tidak bersenam, tidak suka bersukan dan tiada langsung aktiviti berpeluh. Dengan kata lain mereka golongan ‘kaki bangku’. Walaupun
mereka tidak bersukan namun keistimewaan golongan ini ialah mereka menjaga
pemakanan. Mereka cerewet dalam memilih makanan. Hanya makanan yang menyihatkan
sahaja mereka sentuh dan dimasukkan ke dalam mulut.
Mereka juga senang berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan kerana tidak mudah tergoda dengan nafsu makan. Puasa juga menyumbang dalam memperoleh badan yang sihat. Golongan ini masih lagi dalam kumpulan yang selamat dan tahu nilai amanah menjaga kesihatan.
Mereka juga senang berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan kerana tidak mudah tergoda dengan nafsu makan. Puasa juga menyumbang dalam memperoleh badan yang sihat. Golongan ini masih lagi dalam kumpulan yang selamat dan tahu nilai amanah menjaga kesihatan.
4) Golongan ini merupakan
yang paling teruk. Golongan yang tidak menjaga amanah Allah dalam menjaga
kesihatan. Tidak menjaga pemakanan dan langsung tidak bersenam. Semua jenis
makanan dirembat tanpa bertapis. Golongan ini sesuai dinamakan dalam golongan ‘
hidup untuk makan’ bukannya ‘makan untuk hidup’. Mereka juga tidak pernah
bersenam dan langsung tiada aktiviti berpeluh. Malah menganggap semua itu hanya membuang masa. Nauzubillah. Semoga
saya tidak termasuk dalam golongan ini.
Tidak pelik atau tidak perlu terkejut kalau
golongan ini akan berdepan dengan pelbagai penyakit kronik yang boleh
mengundang maut seperti masalah jantung, buah pinggang, kencing manis, darah
tinggi dan lain-lain.
Pepatah Arab yang terkenal
menyatakan “ mencegah lebih baik daripada mengubat”. Sebelum kita ditimpa
penyakit yang tidak diingini lebih baik berhati-hati. Kalau tidak mampu memasukkan
diri dalam golongan terbaik iaitu golongan pertama, maka letakkanlah diri dalam
golongan kedua atau ketiga. Jangan sekali-kali mengamalkan cara hidup golongan
yang keempat kerana kita akan menyesal satu masa nanti bila disahkan oleh
doktor menghindapi penyakit-penyakit tertentu.
Tanyalah diri sendiri. Diri anda
tergolong dalam kumpulan yang mana satu. Sekiranya kumpulan 1, anda hebat. Kalau
kumpulan 2 & 3, anda selamat. Alangkah malangnya kalau diri anda dalam
kumpulan 4. Anda boleh berubah dan mesti berubah. Fikirkan tentang isteri dan
anak-anak. Sanggupkah anda menjadi punca isteri anda yang masih muda menjadi
janda atau anak-anak yang masih kecil bertukar status kepada anak yatim.
Ajal maut sememangnya hak
mutlak Allah namun semuanya akan mengikut asbab musabbab. Budaya amalan hidup
sihat asbab umur panjang dan begitulah sebaliknya. Bersama-sama kita berusaha
untuk menjaga kesihatan agar dapat beribadat dengan lebih sempurna dan khusyuk.
Wallahu Ta’ala A’lam.
2 comments:
lagi mencari apk sv388 yang WOW??
Klik >>>>>>> download sv388 apk
Ayo Segera Daftar Akun Bermain Anda..Gratiss..
Klik >>>>>>> DaftarSabung Ayam
Hubungi Segera:
WA: 087785425244
Cs 24 Jam Online
nike air max
hogan outlet online
michael kors handbags
jordan 6
nike air max 2019
supreme sweatshirt
golden goose outlet
golden goose
kd 11
kyrie 6
xiaofang20191217
Catat Ulasan