AbuAqil aka AbuSakeena
Zahirnya nampak sihat, luaran tampak bertenaga
namun realitinya hanya Allah yang maha mengetahui keadaan kesihatan yang
sebenar. Harap-harap dalaman sesihat mata zahir.
|
Alhamdulillah, zahir nampak sihat |
Alhamdulillah, saya sentiasa
bersyukur dengan kesihatan yang diperolehi terutama selepas setahun lebih
dilakukan angiogram. Akhir-akhir ini
pemakanan kurang pantang tidak seperti awal-awal dikesan mempunyai saluran
darah tersumbat dengan kolesterol. Masih lagi berhati-hati dalam pemakanan tapi
agak sukar bila berada di luar. Hanya tahu rembat apa yang adadi depan mata. Dengan
harapan ubat yang dibekalkan mampu mengatasinya.
Saya berharap kesihatan saya
tidak terjejas untuk terus berbakti dan beramal soleh sebanyak mungkin. Dua tiga
minggu ini jadual agak sibuk dengan permintaan untuk ceramah teknik B Arab SPM
dan kelas tambahan di sekolah lain. Saya tidak tergamak untuk menolak mana-mana
pelawaan untuk berkongsi ilmu walaupun terpaksa ke Sabah atau Sarawak. Saya sedar, saya bukanlah yang terbaik namun
peluang perkongsian ilmu tidak akan disia-siakan. Mudah-mudahan ia akan menjadi
bekalan jariah terbaik.
Bimbang juga sibuk terkejar
ke sana ke sini, ceramah sana sini tiba-tiba tumbang. Nauzubillah. Alhamdulillah
setakat ini kesihatan masih memuaskan. Cuma ada juga rasa sangat letih dan
lesu. Perkara biasa bagi sesiapa yang umurnya
telah melangkaui 40 tahun.
|
Bersama pelajar SMKA Wataniah, Machang |
Kesihatan tetap menjadi
keutamaan. Masih aktif bersukan. Sekali seminggu akan bermain badminton atau
joging bila akan kesempatan masa pada hujung minggu. Bermula minggu lepas
setiap petang rabu akan berfutsal pula dengan rakan-rakan pendidik yang lain. Alhamdulillah.
Ikhtiar agar peroleh kesihatan yang lebih baik.
|
Bersama pelajar SMKA Tok bachok di Aura Training Centre, Tok Bali |
Saban hari ada sahaja berita
kematian sesiapa sahaja disebabkan masalah jantung. Masih muda dan aktif
bersosial. Gerun bila mendengarnya sebab diri sendiri pernah menghadapinya. Cuma
ia ‘amaran’ Allah dan masih diberi peluang memperbaiki kesilapan lampau dalam
menjaga kesihatan.
|
Bersama ahli-ahli al-Quran Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah |
Kita semua mampu mengambil
ubat, berupaya untuk bersenam namun sukar untuk menjaga pemakanan. Ini adalah
fakta. Perkara paling sukar ialah menjaga pemakanan sedangkan segala penyakit
berpunca daripadanya. Apa yang dimasukkan ke dalam perut itulah penentu sama
ada kita akan sihat atau ditimpa penyakit.
|
Para pelajar SMKA Melor |
Pilihan di tangan kita
sendiri. Menjaga kesihatan adalah amanah yang perlu diambil berat. Tewas dengan
nafsu makan menyebabkan kita tidak sedar mudarat dan sengsara bakal dihadapi. Faktor utama untuk sihat ialah
pemakanan (diet). Pengambilan ubat atau makanan tambahan serta bersukan
hanyalah faktor sampingan semata-mata.
Pesanan kepada sesiapa yang
belum terkena penyakit kronik atau kritikal agar lebih sensitif dan peka dengan
amalan pemakanan agar tidak menyesal satu masa nanti. Terutama kepada mereka
yang berketurunan mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan
seumpamanya. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Semoga Allah memberi
kesedaran kepada kita agar lebih prihatin dalam menjaga kesihatan. Hidup dengan
lebih sihat akan menjamin ibadat lebih sempurna serta bermotivasi untuk
berusaha lebih tekun mencari bekalan selesa sebelum dijemput Malakul Maut.
2 comments:
salam..
nak mintak jasa baik ustaz terangkan badal dan jenisnya bagi ayat berikut :
هذا المعلم جديد
saoaln trial sabah
syukran...
badal ialah المعلم
jenisnya بدل الكل من الكل
Catat Ulasan