20 September, 2013

Kem Pemantapan Bahasa Arab PMR dan SPM 2013



AbuAqil aka AbuSakeena

Pada minggu lepas pihak Panitia Bahasa Arab SMK Dato’ Perdana telah mengadakan satu program Pemantapan Bahasa Arab PMR dan SPM bertujuan untuk memperkemaskan dan memantapkan ilmu teknik menjawab. Sasaran ialah pelajar tingkatan 3 Aked dan 5 Ibnu Sina 2013. Mereka dihidangkan dengan ceramah teknik menjawab beserta dengan perbengkelan soalan-soalan percubaan negeri lain.

Pemantapan PMR

Pada hari Jumaat lepas bertarikh 13 September 2013, saya diberi peluang untuk berkongsi ilmu teknik menjawab B Arab PMR yang melibatkan pelajar tingkatan 3 Aked seramai 32 orang tapi seorang pelajar tidak hadir.


Saya bersyukur kerana diberi peluang ini kerana dapat juga berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak-anak pelajar sekolah sendiri setelah berkongsi di beberapa sekolah lain iaitu SMK badak, SMKA Tun Said, Sabah dan SMKA Igan, Sarawak. Alhamdulillah anak-anak didik sendiri tidak diabaikan.

Dimulakan dengan ceramah teknik menjawab pada slot 1 diselangi dengan bengkel menjawab soalan bermula 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Rehat sebentar dan disambung pula pukul 10.30 hingga 12.00 tengahari. Alhamdulillah kebanyakan pelajar telah dapat menguasai  asas-asas utama cuma mereka masih lalai dan leka dalam menjawab soalan menyebabkan kehilangan markah walaupun soalan yang senang.

Harapan ustaz agar semua pelajar terus tekun berusaha dalam masa yang berbaki tidak banyak dan memperbaiki kelemahan sebaik mungkin. Dengan harapan kesemua calon memperoleh A dan mengekalkan rekod cemerlang SMK Dato Perdana bagi tahun ketiga berturut-turut sejak 2011.

Tidak cukup dengan itu, pihak panitia juga telah menjemput penceramah luar iaitu Ustazah Radziah binti Mohamad dari SMK Jelawat untuk memantapkan lagi ilmu mereka. Ceramah dan bengkel dengan penceramah ini diadakan pada 16 September 2013 bermula pukul 9.00 pagi hingga 12 tengahari. Semoga pelajar mendapat banyak input yang bernilai daripada ceramah tersebut.

Pemantapan SPM



Saya juga telah lama merancang dan bercita-cita untuk menjemput penceramah luar untuk memperkemaskan lagi anak-anak didik 5 Ibnu Sina terutama kertas 1. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk membawa datang Ketua Pemeriksa Kebangsaan Kertas 1 iaitu al-Fadhil Ustaz Abd Halim Bin Brahim dari SMKA Naim Lilbanat. Di celah-celah kesibukan jadual, beliau sudi juga berkongsi ilmu dengan kami.

Para pelajar khusyuk mendengar ceramah


Ceramah teknik B Arab SPM kertas 1 diadakan pada 18 September 2013 selama 2 jam bermula pukul 3.00 hingaa 5.00 petang. Saya mengambil kesempatan ini juga melibatkan pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina sebagai perdedahan dan persiapan awal untuk SPM 2014.



Dengan ceramah beliau yang ringkas,  bersahaja dan kelakar membuatkan pelajar asyik ketawa dan menggamatkan Bengkel Kejuruteraan. Ceramah hanya setengah jam dan diikuti dengan soal jawab pelbagai soalan oleh pelajar. Beliau lebih suka pelajar bertanya daripada beliau bercakap seorang diri dan pelajar lena. Alhamdulillah anak-anak didik kelihatan sungguh bermotivasi sepanjang sesi soal jawab.


Barisan anak didik 4 Ibnu Sina

Mereka manfaatkan peluang yang sukar diperolehi ini dengan mengemukakan macam-macam soalan yang meragukan. Respon anak-anak didik 4 Ibnu Sina agak suram kerana mereka belum belajar sukatan tingkatan 5. Tidak mengapa kerana ini hanya pendedahan awal untuk mereka. Semoga dapat manfaat dari sudut teknik pemarkahan.

Menyampaikan cenderamata kepada al-Fadhil ustaz Abd Halim Brahim, penceramah jemputan
Ceramah diakhiri dengan penyampaian cenderahati untuk penceramah. Harapan ustaz agar semua anak didik lebih yakin dan mantap dalam teknik menjawab kertas satu. Segala puji bagi Allah yang memudahkan semua urusan kami. Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada al-Fadil Ustaz Abd Halim, Ustazah Radziah Mohamed, Ustazah Asiah Awang, ustazah Siti Haniza serta anak-anak didik yang memberi sumbangan sehingga program ini berjalan dengan lancar... جزاكم الله خير الجزاء

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share