AbuAqil aka AbuSakeena
Adakah anda tahu cuka epal sangat baik untuk kesihatan?.
Mungkin anda pernah dengar kawan-kawan mengesorkannya atau anda pernah
mengambilnya tapi tidak tahan kerana rasanya yang masam.
Sememangnya banyak penawar penyakit yang Allah jadikan
rasanya sangat tidak sedap, pahit atau masam. Namun bagi sesiapa yang
mementingkan kesihatan secara semulajadi semua itu tidak menjadi alasan
untuknya demi memperoleh kesihatan yang baik.
Saya telah mula mengambil cuka epal ini sejak seminggu yang lalu memandangkan saya mempunyai masalah tahap kolesterol yang tinggi dan telah meninggalkan ubat anti-kolesterol 'statin' yang disyorkan oleh pihak hospital kerana bimbangkan kesan sampingan 'statin'. Saya memilih untuk mengatasi masalah ini dengan cara penyembuhan semulajadi.
Cuka epal yang berwarna kuning pucat merupakan ejen
mencegah bakteria yang sangat berkesan kerana mengandungi beberapa mineral
penting seperti potassium, kalsium, magnesium, posporus, klorin, sodium,
sulpur, besi, silikon dan florin yang semuanya sangat penting untuk kesihatan
tubuh badan.
Epal
diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua
nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan
yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor'
memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari
buah epal.
ACV organik mengandungi ibu cuka
(enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang
membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria
asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang anda dapati di
kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka
dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali
sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada
epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak
merbahaya.
Jika terdapat
ibu cuka (biasanya pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the
Mother') ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia
menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran
darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan
deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang
menyebabkan penyakit arthritis.
Apabila diambil setiap pagi, ACV bertindak
sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk
membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal
dan ruam.
ACV juga boleh membantu menurunkan berat badan.
Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan
selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh ACV setiap
pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan
rasa masam cuka.
Begitulah sebahagian dari manfaat yang didapati
dari ACV. Tetapi untuk mendapat khasiat yang sebenar, selain memastikan ia
organik, anda mestilah memilih ACV yang mengandungi 'Mother' atau ibu cuka.
Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol
memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan
meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan.
Diantara
kebaikan cuka epal organik ialah :
- Menyembuhkan sakit tekak
- Kencing manis dan tekanan darah tinggi
- selsema
- Mengimbangkan kadar kolesterol
- Mengatasi masalah kulit
seperti jerawat
- Mengatasi masalah keracunan makanan
- Melawan allegik terhadap makanan atau haiwan
- Mengembalikan tenaga selepas melakukan aktiviti berat seperti
bersukan
- Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
- Meningkatkan stamina
- Meningkatkan tahap metabolisme seterusnya mengurangkan berat badan
- Memperbaiki sistem pencernaan dan masalah sembelit
- Mengurangkan masalah arthritis and gout
- Mencegah batu karang dan jangkitan saluran kencing
Sesiapa yang
mengutamakan kesihatan ahli keluarganya maka hendaklah memastikan cuka epal organik ada di rumah. Sekiranya ingin
membeli cuka epal organik disyorkan membeli yang tertulis ‘with mother’ yang
bermaksud ibu cuka yang belum ditapis dan sangat bermanfaat untuk badan kita
dan jangan beli yang telah ditapis atau dipastur yang tiada manfaat kalau
meminumnya.
Jenama yang baru
saya beli dan menepati ciri-ciri di atas ialah jenama ‘Bragg’[seperti gambar di atas]. Saya membelinya
3 botol di pasaraya Giants Kota Bharu ditakuti akan habis stok. Harganya ialah RM11.99 sebotol. Anda boleh
mendapatinya di pasaraya besar di seluruh negara. Elakkan membeli dari syarikat MLM dan yang seerti dengannya kerana terlalu mahal dan dibimbangi bukan yang organik.
Mungkin anda akan
mengeluh dan tidak tahan rasa masam cuka epal ini, maka anda disyorkan
mencampurkannya dengan madu untuk mengurangkan kemasamannya. Disyorkan meminumnya
tiga kali sehari sewaktu perut kosong terutama pada awal pagi sebelum memakan
apa-apa. Semoga bermanfaat untuk semua.
Wallahu Ta'ala A'lam
Info tambahan
:
Hadis nabi saw mengenai cuka :
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa
Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab:
'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan,
lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah
cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! " (Riwayat Muslim no.2052)
Rujukan
8 comments:
bagaimana nak amalkan............cara2 nya???
3x sehari upon rising, mid-morning & mid-afternoon
hebat blog ustaz nan, duk gugel pasal cuka epal, jupo blog nie, ado ore buwi sebotol, tp x tahu apa kebaikanya...hehe
haha,,ilham, awk baru tahu dih...:)
Ada cop halal tak jenama ni?
Guna cuka epal organik jenama RADIANT (diimport dari New Zealand). Rasanya..kalau di Malaysia, hanya cuka epal organik jenama ini ada sijil HALAL dari JAKIM. Wallahualam..
Guna cuka epal organik jenama RADIANT (diimport dari New Zealand). Rasanya..kalau di Malaysia, hanya cuka epal organik jenama ini ada sijil HALAL dari JAKIM. Wallahualam..
Salam..saya nak tanye jenama ni halal ke?sebab saya check dkt label botol tak ade logo halal..
Catat Ulasan