04 Mac, 2013

Insyak SPM : Tanggungjawab Anak Terhadap Keluarga.





AbuAqil aka AbuSakeena 

 Berikut adalah insyak SPM bertajuk "Tanggungjawab anak terhadap keluarga" berserta terjemahan untuk memudahkan semua pelajar mengingati isi-isi yang ada. Semoga bermanfaat 

مسئولية الابن تجاه أسرته

لكل إنسان أسرة، إن الأسرة تتكون من الأب والأم والأخ والأخت، يحب كل فرد أسرته حبا جما و يهتم بها اهتماما شديدا ويتمنى الأسرة السعيدة في الحياة.

لا شك ولا ريب أن للابن مسئوليات تجاه أسرته، من بين المسئوليات على الابن أن يجتهد ويتقن في الدراسة لنيل النجاح الممتاز في كل الامتحان. فهذا النجاح الباهر سيسعد أفراد الأسرة لا سيما الوالدان، النجاح في الأكاديمية سيضمن سعادة الأسرة في المستقبل.

وبجانب ذلك على الابن أن يطيع أوامر الوالدين واجتناب نواهيهما، علينا أن نعاشرهما معاشرة حسنة كالتكلم بلطف ونساعدهم في البيت كتنظيف ساحة البيت وغسل السيارة وغسل الصحن في المطبخ وغيرها.

على الابن أن يحاول ليكون ابنا صالحا وناجحا في الدنيا والآخرة. على الابن أن يدعو دائما لسعادتهما في الدنيا والآخرة كالدعاء " رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا".

من المسئوليات على الابن أن يهتم بأمور إخوانه وأخواته كمساعدتهم في الدراسة وحل مسائلهم.

وخلاصة القول على الابن أن يؤدي الواجبات وال مسئوليات نحو الأسرة أداء تاما لضمان السعادة والسلامة في الحياة الأسرية.



Tanggungjawab anak terhadap keluarga.

Setiap insan mempunyai keluarga. Keluarga terdiri daripada bapa, ibu, adik-beradik lelaki dan adik beradik perempuan. Semua orang sayangkan keluarga dan mengambil berat dengan mereka. Setiap insan inginkan keluarga yang bahagia kehidupannya.

Tidak syak dan tidak ragu-ragu bahawa seorang  anak mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab  terhadap keluarga.  Di antara kewajipan seorang anak ialah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Kejayaan yang cemerlang ini akan membahagiakan ahli keluarga terutamanya ibubapa. Kejayaan dalam akademik akan menjamin kebahagiaan keluarga pada masa akan datang.

Disamping itu juga seorang anak hendaklah mentaati perintah ibubapa dan menjauhi larangannya.  Kita hendaklah bergaul dengan mereka dengan pergaulan yang baik seperti bercakap dengan lemah-lembut dan membantu mereka membuat kerja-kerja di rumah seperti membersihkan halaman rumah, mencuci pinggan di dapur , membasuh kereta dan sebagainya.

Seorang anak juga hendaklah berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat. Seorang anak hendaklah selalu mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat seperti doa ‘ Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil”.

Di antara tanggungjawab anak juga hendaklah mengambil berat dengan adik-beradik lelaki dan perempuan seperti membantu mereka dalam pelajaran dan menolong menyelesaikan masalah mereka.

Kesimpulannya seorang anak hendaklah menunaikan  tanggungjawab  dalam keluarga dengan sempurna untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga.

5 comments:

Unknown berkata...

ilmu yang sgt b'guna..tq share it..:3

Tanpa Nama berkata...

Tqvm. Very useful :)

Tanpa Nama berkata...

Syukran~

Unknown berkata...

Tq share

Tanpa Nama berkata...

sangat membantu sy improve bhs arab...syukran

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share