AbuAqil aka AbuSakeena
|
semoga anda sentiasa dirahmati Allah |
Lebih kurang pukul 11.45 pagi tadi berakhir
kelas ulangkaji terakhir untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina 2012 yang bermula
Rabu lepas. Tadi merupakan saat terakhir saya menjadi guru bahasa Arab
kepada mereka setelah 2 tahun membimbing dengan penuh kesabaran dan ujian.
Saya bersyukur kerana mendidik anak-anak
pelajar yang sabar, tabah, tidak banyak kerenah, mudah mendengar kata dan taat
semua arahan dan kehendak ustaz.
Ustaz telah lakukan yang terbaik untuk anda
dan tiada alasan untuk anda tidak mendapat A dalam SPM nanti..Insya Allah
dengan izin Allah.
Berasa sungguh lega kerana dapat
menyempurnakan amanah membimbing mereka sehingga mahir semua tajuk. Aku telah lakukan yang terbaik ya Allah..
Alhamdulillah..syukur
kepadaMu ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami semua.
Apa yang ustaz harapkan anda semua menjawab dengan sebaik mungkin pada23 Disember nanti dan anda pasti akan ceria
dan berpuas hati pada akhir mac 2013 setelah mendapat keputusan SPM nanti.
Tiada
apa balasan yang diharapkan daripada anda semua. Memadailah anda memanjat doa
untuk diri yang sangat memerlukan rahmat dan keampunan Allah.
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua
dan memberikan kejayaan yang cemerlang dalam SPM umumnya dan A+ subjek bahasa
Arab khasnya.
1 comments:
semoga berjaya ustaz...
stret a's 5 ibnu..:)
Catat Ulasan