18 Disember, 2012

Debaran Keputusan PMR 2012




AbuAqil aka AbuSakeena

Pasti ramai calon PMR 2012 tidak lena tidur pada malam ini kerana memikirkan keputusan PMR yang akan diumumkan pada hari esok ( 19 Disember 2012). Menangis gembira atau kecewa?

Saya sendiri pun terkena tempiasnya kerana bimbangkan kertas prestasi Bahasa Arab SMK Dato' Perdana jatuh. Tahun lepas semua calon mendapat A. Semoga tahun ini prestasi cemerlang tersebut dapat dikekalkan, Insya Allah.

Ini merupakan tahun kedua tidak dapat bersama calon PMR ketika keputusan diumumkan kerana mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan di Ibukota.

Apa-apa pun keputusan akan diterima dengan reda, kesyukuran dan keinsafan. kepada yang mendapat keputusan terbaik sebagaimana yang diidamkan bersyukurlah, sekiranya keputusan anda agak mengecewakan bersabarlah dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Itu yang terbaik untuk anda.

Kepada semua calon PMR 2012, semoga anda ceria dan gembira pada hari esok!

2 comments:

fLuFF FArAH berkata...

insya-ALLAH ustaz,, sumenya akan jadi baikk n lebih gempakkn dr taun lepas,. :D

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

syukran farah,,mudah2an

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share