20 Disember, 2012

PMR 2012 :Sekalung Tahnniah SMKDP!



Barisan pelajar 3A 2012 yang mencatat 100% A B. Arab [ Tanpa 2 orang pelajar lelaki ]

AbuAqil aka AbuSakeena

Agak lewat post tulisan khas mengulas keputusan PMR 2012 SMK Dato' Perdana yang diumumkan semalam kerana sibuk + malas. :). Pertama sekali tahniah kepada 42 orang pelajar yang mendapat semua A PMR 2012.

Penolong Kanan pentadbiran sempat menghubungi saya yang masih 'outstation' di KL memaklumkan SMKDP masih kekal nombor 1 di Bachok tetapi jatuh tempat kelima di peringkat negeri dan tidak sebaik tahun lepas. pencapaian semua A merosot daripada 85 tahun lepas orang kepada hanya 42 orang. Ramai pelajar yang sangkut subjek Bahasa Inggeris. Difahamkan peratus semua A peringkat kebangsaan pun juga jatuh. jadi tidak pelik kenapa SMKDP pun turut jatuh.

Ustaz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar 3 Aked 2012 yang mendapat A kertas Bahasa Arab. Tahniah juga kepada guru Bahasa Arab yang hebat dan komited iaitu ustazah Asiah Awang yang membimbing mereka sehingga berjaya. Walaupun Ustaz hanya guru kelas tambahan namun ustaz sangat bangga dan tumpang gembira di atas kejayaan anda.

Ini merupakan tahun kedua SMK Dato' Perdana mencatat 100% A kertas bahasa Arab. Syabas!. Semoga anak-anak didik saya sendiri iaitu pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina 2012 akan mencatat keputusan yang sama iaitu 100% A...Insya Allah. Tunggu keputusan pada akhir Mac nanti.

Kepada yang gagal mencapai target diharap jangan terlalu kecewa. Sila klik link di bawah semoga dapat menenangkan jiwa anda.

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/12/pmr-2010-menangis-gembira-atau-kecewa.html

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share