07 April, 2012
Hakikat Maut : Berehat Atau Direhatkan
Oleh : Abu Saif
“Kasihan
anak kecil itu. Mati tersedak susu!” keluh seorang penonton berita.
“Lu
punya perangai, pigi mampos lagi baik maa!” marah
seorang warga kota.
Ada
pelbagai ungkapan tentang kematian. Ada yang lega. Ada yang mempersoalkan. Ada
yang kehairanan. Ada yang seperti tidak berbaloi. Ada yang semacam
mempersoalkan nilai keadilan. Persoalan-persoalan yang sukar dijawab kerana si
mati sudah tidak boleh bercerita tentang kehidupannya selepas mati.
Urusan
alam ghaib.
Kecuali
datang penjelasan seorang insan, yang juga manusia seperti kita, tetapi insan
mulia itu dipilih Allah menjadi jambatan pada menyampaikan urusan ghaib
daripada ‘Aalem al-Ghaib wa al-Syahadah kepada makhluq
penghuni alam nyata. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu
‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud
kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa
sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan
daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang
jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon
dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari
dan Muslim]
Dalam
Tsunami, orang baik-baik yang mati, direhatkan daripada keletihan dan
penderitaan dunia. Orang-orang jahat pula, kematiannya merehatkan alam semesta.
Anak-anak
yang meninggal dunia kerana kemalangan yang disabitkan oleh ibu bapa cuai yang
tiadacommon sense, diselamatkan daripada terus hidup bersama dua manusia
dewasa yang cacat cara berfikir. Anak-anak yang berisiko ketika bersama
ibubapanya sendiri, yang sepatutnya menjadi pelindung kepada diri.
Berapa
ramai manusia yang kematiannya adalah sebuah kurniaan kepada diri?
Berapa
ramai manusia yang kematiannya adalah sebuah kurniaan kepada semua yang
ditinggalkannya?
Muhasabahlah
sementara hidup, apakah matimu sebuah kerehatan, atau kejinya kamu hingga
manusia hanya dapat berehat daripada kecelaan dirimu tatkala engkau mati? Mati
bukan di tangan kita. Hidup, kita diberikan kebebasan membuat pilihan.
Pilihlah
sesuatu yang berbaloi, untuk kehidupan yang satu ini.
Sumber : saifulislam
0 comments:
Catat Ulasan