Dalam kenangan, anak-anak didik BAT 2011 |
Tarikh 29 Februari lepas genap setahun saya menjadi warga SMK Dato' Perdana. Sungguh pantas masa berlalu. Masih jelas terbayang saat saya melapor diri dengan pengetua setahun yang lalu. Datang dengan misi untuk mempertingkatkan ilmu bahasa Arab bila akan mengajar subjek baru, Bahasa Arab Tinggi, subjek yang tidak pernah diajar sebelum ini.
Pelabagai ujian, dugaan yang memeritkan dan menekan perasaan bila berada di tempat baru namun diselangi dengan perkara yang mengembirakan dan menghiburkan hati. Begitulah asam garam kehidupan. susah senang silih berganti.
Sebagai guru baru kita akan diberi macam-macam tugas dan kita tidak mampu menolaknya. itu perkara biasa. Dilantik menjadi warden asrama dan diserap ke dalam lembaga disiplin. Masa banyak dikorbankan untuk menjaga dan mengawasi pelajar terutama waktu malam.
Antara beban yang paling berat bila berada di sekolah ialah bila kita terpaksa berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah, gemar melanggar peraturan sekolah dan disiplin. Tugas ini amat berat sebab kita akan berinteraksi dengan pelbagai ragam ibubapa pelajar tersebut.
Ujian paling berat pada tahun lepas ialah bila 10 orang anak didik menggugurkan subjek b Arab Tinggi untuk SPM dengan pelbagai alasan. Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Namun seribu hikmah di sebaliknya. Allah Maha Bijaksana menyusun perjalanan hidup kita. Semoga sekepas ini saya tidak lagi berdepan masalah seperti ini.
Perjuangan memartabatkan bahasa Arab Tinggi diteruskan bersama 9 orang anak didik yang masih setia walau pun di kalangan mereka ada yang lemah. Semangat dan motivasi mereka patut dipuji. Tumpuan hanya kepada 9 orang pelajar yang merupakan anak didik sulung bagi BAT. Kesungguhan dan ketekunan mereka dapat menyerap tekanan untuk menghadapi kertas yang dianggap antara yang sukar pada peringkat SPM.
Pada bulan Ogos tahun lepas saya diamanahkan memegang tugas yang paling berat iaitu sebagai setiausaha disiplin. tugas yang tidak pernah dipikul sebelum ini. Termenung panjang memikirkan hala tuju kerjaya. Namun tiada upaya untuk menolaknya. Saya mempertimbangkan agar dibuang sebagai warden asrama. Alhamdulillah diterima dan bermula pada 1 januari 2012 saya bukan lagi warden asrama.
Di antara detik manis sepanjang berkhidmat di SMKDP ialah bila keputusan PMR diumumkan. Keputusan yang diperolehi sangat luar biasa iaitu kedudukan kedua di peringkat negeri Kelantan dan muncuol sekolah harian terbaik peringkat kebangsaan. Walaupun saya hanyalah guru kelas tambahan B Arab tingkatan 3 Aked namun keputusan semua A yang dicapai oleh pelajar sangat mengujakan. Alhamdulillah, rahmat Allah.
Tahun ini tugas sebagai guru di SMKDP agak ringan sikit setelah tidak memegang tugas sebagai warden dan dengan perubahan dan penambahbaikan untuk memantapkan sahsiah pelajar menjadikan kes-kes disiplin sangat berkurang.
Semoga warga SMKDP sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan akan menjadi lebih baik dan cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah diri dan ko-kurikulum.
0 comments:
Catat Ulasan