24 Mac, 2012

BAT SPM 2011 : Peroleh Keputusan Cemerlang



Barisan anak didik pertama BAT seramai sembilan orang

AbuAqil aka AbuSakeena

Pada hari keputusan SPM diumumkan Rabu lepas saya masih berada di dalam wad 7 Selatan. Sejak awal pagi terasa tidak tenang memikirkan bagaimanalah keputusan Bahasa Arab Tinggi anak-anak didik seramai 9 orang. keputusan agak lewat diketahui.

Saya terima mesej daripada Ketua Bidang Bahasa Pn Nik Haniza mengucapkan tahniah 8 orang dapat A dan seorang dapat B. Alhamdulillah sangat bersyukur kerana tahun pertama saya mengajar BAT telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Selepas itu saya terima mesej dan panggilan daripada Hazimah yang gembira kerana beliau mendapat A-. Dia sendiri pun tak sangka, katanya.

Kemudian saya menghubungi seorang lagi pelajar untuk bertanya tentang keputusan yang diperolehinya. Dia lantas meminta maaf kepada saya kerana gagal dapat A. Saya menenangkannya dan ustaz terima apa sahaja keputusan dengan reda.

Keputusan lengkap BAT SPM 2011 ialah dengan gred purata subjek 1.11 :

1)  2 orang  mendapat A+
2) 5 orang mendapat A
3) Seorang mendapat A-
4) Seorang pendapat B+

Semoga keputusan yang cemerlang ini akan memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak didik generasi kedua 5 Ibnu Sina 2012 untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi... Insya Allah

2 comments:

ImimaysroN berkata...

tahniah ayah nae.. :)
Hari tu masuk wad ke? sihat dah sekarang?
~along~

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

Syukran along..dah semakin sihat.alhamdulillah nikmat dan ujian Rabb

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share