25 Mac, 2012
Semoga Dimanfaatkan Kelapangan Masa ini
AbuAqil aka AbuSakeena
Hari ini genap seminggu diri yang kerdil ini ditimpa
ujian besar dalam sejarah kehidupan. Asyik terbayang apa yang berlaku pada
minggu lepas sejak bermula kesakitan di dada sehingga keluar wad. Ujian hampir
menemui kematian. Ternyata ajalku masih ditangguhkan oleh-Nya. Rezeki masih tersimpan di kehidupan ini.
Rabb masih memberi ruang untuk mengabdikan diri kepadaNya,
untuk mengumpul bekalan amalan soleh sebanyak mungkin sebelum akan tiba
ajal,akan berdepan dengan malakulmaut satu masa nanti.
Berlalu seminggu, masih berbaki lima minggu untuk
beristirehat. Enam minggu cuti rehat yang diberikan oleh doktor untuk pemulihan
dibayangkan sangat panjang. Terlintas di fikiran, ‘apa la aku nak buat dalam
tempoh yang lama ini”. Tidak dibenarkan melakukan aktiviti fizikal yang berat, tidak boleh memandu. Dengan
kata lain tidak boleh ke mana-mana. Apa sangat yang mampu dilakukan dengan
terperuk di dalam rumah. Pasti akan kebosanan.
Nikmat kelapangan ini tidak akan disia-siakan begitu
sahaja. Saya memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan dan dikurniakan ilham
untuk memanfaatkan masa yang terluang ini untuk melakukan apa-apa aktiviti yang
berfaedah untuk kehidupan dunia dan akhirat. Mohon dijauhkan dari sikap malas,
bosan dan mensia-siakan ruang dengan amalan tidak bermanfaat.
Yang pasti insya Allah akan berusaha berkongsi ilmu dengan
meng-update blog ini. Semoga Allah mengurniakan ilmu, ilham dan idea yang
bernas.
Tidak sekali-kali ingin termasuk dalam golongan yang
disabdakan oleh Rasulullah saw :
Dua
nikmat yang ramai manusia sering mensia-siakannya iaitu nikmat sihat dan
waktu lapang”.
0 comments:
Catat Ulasan