28 Januari, 2012

Tuisyen Intensif B. Arab SPM bermula



Para pelajar sedang menjawab soalan Nahu

AbuAqil aka AbuSakeena

Alhamdulillah pagi semalam [27 jan 2012] bermula kelas tuisyen B. Arab SPM. Walaupun jumlah pelajar hanyalah 5 orang namun saya tetap bersyukur kerana ada pelajar yang sudi menimba ilmu B. Arab. Insya Allah saya akan membantu anda untuk menguasai bahasa al-Quran ini sekadar kemampuan yang ada.

Kelas pertama kelihatan agak suram kerana mungkin para pelajar masih tidak biasa dengan saya, takut-takut, malu dan segan barangkali. Harap semua itu tidak lama kerana sikap negatif itu boleh menjadi penghalang ke aarah kecemerlangan. Tidak perlu malu untuk ilmu. jangan takut untuk bertanya bila tidak tahu sesuatu ilmu.

Semoga saya dipermudahkan untuk membantu para pelajar menguasai ilmu B Arab.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share