14 Januari, 2012

Istimewanya 1/3 Akhir Malam




AbuAqil aka AbuSakeena

Adakah anda ingin doa anda diterima oleh Allah? Adakah anda ingin dosa-dosa anda diampunkan? Anda ingin hajat anda tertunai?

Jawapannya ialah bangun pada 1/3 akhir malam dan panjatkan doa untuk memohon keampunan dan mintalah segala hajat anda. Pasti doa anda akan diterima. Itulah jaminan Rasulullah saw sebagaimana banyak hadis-hadis mengenai kelebihan berdoa pada 1/3 akhir malam. Antaranya :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah saw bersabda :

Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki satu pertiga malam. Allah berfirman : “ siapakan yang ingin berdoa kepadaKu untuk aku perkenankan doanya? Siapakah yang ingin memohon untuk aku tunaikan permintaanya ? siapakah yang ingin memohon keampunan untuk aku ampunkan untuknya? [ Imam al-Bukhari]

Dari Jabir bin Abdillah dia berkata: Saya mendengar Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya di waktu malam terdapat suatu saat, tidaklah seorang muslim mendapati saat itu, lalu dia memohon kebaikan kepada Allah ‘azza wajalla baik kebaikan dunia maupun akhirat, kecuali Allah akan memperkenankannya. Demikian itu terjadi pada setiap malam.” [ Imam Muslim]

Di manakah diri kita pada 1/3 akhir malam? Adakah anda tidak pernah menadah tangan memohon keampunan terhadap dosa yang bertimbun-timbun? Atau anda hanya bertemu dan memohon kepada manusia bila mempunyai sesuatu hajat tanpa memohon kepada Tuhan Yang Maha Memberi?

Sekiranya kita sentiasa berada di atas tilam yang empuk, dalam selimut yang tebal ketika peluang keemasan ini maka amatlah rugi.

Kita tidak perlu bangun pada pukul dua atau tiga pagi untuk bermunajat kepada Allah. Memadailah dengan bangkit saat-saat akhir sebelum subuh. Hadis riwayat Imam muslim Nabi saw menambah hadis : Allah sentiasa berada dalam keadaan begitu sehingga terbit fajar”

Bangunlah setengah jam sebelum terbit fajar, bersuci, solat sunat lalu memohon tiga perkara yang dijanjikan oleh Allah SWT.  Tidaklah sukar sebenarnya. Ibarat kata pepatah melayu “ nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

1 comments:

Yatie Awang berkata...

InsyaAllah...Amin.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share