29 Oktober, 2011

Netbook 'Miss Purple' Untuk Zaujah



Inilah model yang menjadi pilihan
AbuAqil aka AbuSakeena

Semalam kali kedua pergi Pikom PC Fair di KB Mall untuk membeli netbook untuk isteri yang telah lama memintanya. Sehari sebelumnya telah pergi untuk membeli external hardisk jenama Imation 500 gb dengan harga RM190.00. Itu sebagai ganti yang sedia ada mempunyai masalah ' usb device cannot be recognized. kecewa betul kerana telah banyak bahan dimasukkan ke dalamnya.

Setelah survey banyak 'booth' sampai pening kepala dengan orang ramai yang penuh sesak akhirnya saya buat keputusan untuk membeli netbook brand ASUS eee pc model 1015 PW berwarna ungu. Sesuai untuk muslimah.

Antara spec yang menarik ialah processor atom dual core, hardisk 500gb, memory ddr 3 2 gb dan yang paling mengujakan ialah bateri tahan selama 10 jam. Entah betul atau tidak sebab belum digunakan. Post ini pun sebenarnya menggunakan netbook baru. Agak kekok juga menggunakannya kerana saiz 10.1 dan kekurangan beberapa kemudahan di keyboard. Menaip pun asyik tertinggal huruf.

Semoga netbook ini tahan lama di tangan isteri yang agak 'buta komputer'. Katanya sekadar untuk menggunakan word dan memasukkan markah setiap kali peperiksaan kerana dia merupakan setiausaha peperiksaan tingkatan dua di sekolahnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share