“Dan bunuhlah mereka yang di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusir kamu (Mekah) dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram”.
28 Oktober, 2011
Fitnah lebih berat daripada membunuh?
AbuAqil
aka AbuSakeena
“Jangan
engkau fitnah aku, kan fitnah itu lebih teruk dari membunuh”.Kata-kata ini
sering kita dengar. Lebih buruk lagi kata-kata ini keluar dari mulut penceramah
agama. Perkataan fitnah yang dimaksudkan di sini ialah menyebarkan kata-kata
dusta dan pembohongan terhadap seseorang. Penceramah menguatkan kata-kata tadi
dengan membawa dalil al-Quran yang bermaksud: “fitnah itu lebih besar daripada
membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191).
Adakah
benar ayat tersebut menjelaskan mengenai kesalahan fitnah yang bermaksud
menuduh perkara yang tidak benar terhadap seseorang?. Jawapannya ialah tidak
benar sama sekali. Dalam al-Quran perkataan fitnah disebut sebanyak 28 kali
yang kebanyakan bermaksud ujian, dugaan atau cabaran dalam kehidupan. Sementara
ayat yang dijadikan dalil bermaksud ujian yang boleh mengancam agama seperti
syirik atau kufur. Ayat di atas sebenarnya berkaitan dengan perang. Cuba lihat
keseluruhan ayat surah al-Baqarah,ayat 191.
“Dan bunuhlah mereka yang di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusir kamu (Mekah) dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram”.
Ibn
Kathir dalam berkata dalam mentafsirkan ayat di atas berkata: Allah memberi
peringatan bahawa apa yang mereka lakukan sama ada kufur kepada Allah,
mensyirikkan Allah dan menghalang dari jalanNya adalah lebih mendalam, lebih
teruk, lebih besar daripada melakukan pembunuhan. Abu al-‘Aliah, Mujahid dan
Ikrimah berpendapat : Syirik itu lebih berat daripada pembunuhan.( Lihat Tafsir
Ibn Kathir).
Perkataan
fitnah yang dimaksudkan mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seseorang
disebut ‘al-namimah’. Oleh itu amat jauh terpesong sekiranya ayat itu dijadikan
dalil tentang kesalahan perbuatan tersebut. Memang benar ‘al-namimah’ juga
termasuk dosa besar sebagaimana hadis sahih riwayat imam al-Bukhari bahawa
Rasulullah saw bersabda :’ dua orang penghuni kubur sedang diazab.mereka diazab
bukan kerana sesuatu yang besar. Bahkan, salah seorang disebabkan tidak menjaga
diri dari kencingnya sementara seorang lagi berjalan menyebarkan fitnah”.
Namun
demikian menggunakan ayat tersebut sebagai dalil kesalahan al-namimah adalah
tidak betul serta memesongkan makna sebenar ayat tersebut. Perkara ini tidak
sepatutnya dipandang ringan oleh orang beragama. Ini menggambarkan seseorang
itu tidak melakukan rujukan sebelum melafazkan kata-kata mengenai agama.
Melakukan
pembunuhan merupakan salah satu dosa besar yang perlu kita menghindarinya
sebagaimana sabda Rasulullah saw :” Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan.
Para sahabat bertanya : apakah ia ya Rasulullah saw?. Jawab Nabi saw : Iaitu
syirik, sihir, membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan
haq,memakan riba , memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh
perempuan yang baik dan beriman berzina”.( Imam al-Bukhari dan Muslim)
Oleh
itu, kita hendaklah berhati-hati dalam mengatakan sesuatu lebih-lebih lagi
berkaitan dengan mafhum ayat al-Quran. Alangkah baiknya sekiranya kita
melakukan rujukan dengan membelek kitab tafsir untuk melihat maksud sebenar
sesuatu ayat. Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi kefahaman yang
mendalam terhadap kalamNya yang mulia.
0 comments:
Catat Ulasan