Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang masuk syurga kerana dia menyingkirkan duri yang berada di suatu jalan.
08 Oktober, 2011
Masuk Syurga kerana Membuang Duri?
AbuAqil aka AbuSakeena
Mungkin di fikirannya terbayang orang masuk syurga mesti
mempunyai amalan yang serba hebat. Mati syahid, khatam al-Quran setiap minggu,
tahajjud setiap malam, bersedekah beribu ringgit sehari dan seumpamanya.
Sesungguhnya rahmat Allah
tiada batasan. Dia berhak memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurga
walaupun hanya dengan amalan yang dipandang remeh oleh manusia.
Sememangnya terdapat satu hadis dengan jalur riwayat yang berbeza-beza mengenai
seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga kerana membuang duri dari jalan. Itulah
cabang iman yang paling rendah sebenarnya sebagai mana hadis sahih di mana Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda bahawa iman memiliki lebih dari tujuh
puluh cabang. Cabang yang paling tinggi dari cabang-cabang keimanan adalah
perkataan “la ilaha illallah” dan
cabang yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang masuk syurga kerana dia menyingkirkan duri yang berada di suatu jalan.
Dalam sebahagian riwayat dari Imam Muslim dari sahabat Abu
Hurairah pula, beliau berkata bahawa :
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada
seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Ia
mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin
sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya
ke dalam syurga.”
Dalam riwayat lain, juga dari sahabat Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
beliau bersabda, “Sungguh, aku telah
melihat seorang lelaki yang sedang menikmati kenikmatan di syurga disebabkan ia
memotong duri yang berada di tengah jalan, di mana duri itu mengganggu kaum
muslimin.”[ Imam al-Bukhari dan Muslim]
Pengajaran hadis :
1. Jangan memandang remeh sebarang
amal soleh.
2. Sesungguhnya Allah Maha
Penyayang dan Pengasih kepada hambanya.
3. Sentiasalah berdoa agar dimasukkan ke syurga dengan asbab
peroleh rahmat Allah dengan amal soleh yang dilaksanakan.
4. Lakukanlah sesuatu amalan yang dapat dimanfaatkan oleh orang
lain.
5. Hindarilah perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain.
6. Setiap kebaikan akan mendapat ganjaran sebagaimana setiap
kejahatan akan dibalas.
Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang
diredaiNya.
Labels:
adab sesama islam,
Amal Soleh,
kehidupan dunia
0 comments:
Catat Ulasan