05 Oktober, 2011
Antara Menghormati Tetamu Dengan Membela ‘Anak-anak’
AbuAqil aka Abu Sakeena
“Kak tiada hak untuk memarahi pelajar-pelajar saya, kalau
kak bersikap biadap saya juga boleh bersikap biadap!!!”.
Itulah lebih kurang ungkapan yang dilafazkan petang tadi. Agak kasar dan keras. Tak sangka kali pertama bertugas pada
waktu petang berlaku juga kali pertama saya bersikap kasar dengan ibubapa
pelajar.
Peristiwa petang tadi agak hangat dan tegang. Sikap baik
dan nada lembut yang saya gunakan pada awalnya dibalas dengan memarahi
anak-anak pelajar yang kebingungan tidak tahu apa-apa. Orang lain yang buat
salah orang lain yang kena. Saya cukup bersimpati dan naik angin bila ’anak-anak
‘ dimarahi oleh orang luar. Lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan tertekan
dengan peperiksaan SPM yang semakin hampir.
Ibu pelajar yang datang untuk menuntut telefon bimbit
anaknya yang dirampas oleh AJK asrama berkelakuan agak kurang sopan dan biadap menyebabkan saya hilang sabar lalu
hilang kawalan. Bayangkan apa perasan anda bila tetamu datang ke rumah kita,
tiba-tiba memarahi anak-anak yang tidak tahu apa-apa kesalahan.
Namun diri ini berasa kesal juga selepas itu kerana iman
tidak mencukupi untuk terus sabar dan ‘cool’. Lemahnya iman ini dan sangat
kesal kerana tidak mampu bersabar. Astaghfirullah…. Ampunkan dosaku ya Allah
kerana bersikap kasar terhadap tetamu.
Sangat sukar bila memegang tugas mencari dan mengadili
kesalahan pelajar. Lebih sukar bila berdepan dengan ibubapa pelajar yang tampil
dikuasai oleh nafsu ammarah. Haru-biru jadinya.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan hikmah kepadaku
untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar iman dan takwa.
0 comments:
Catat Ulasan