11 Jun, 2011

Berakhir Cuti,'Perjuangan' Mesti Diteruskan




AbuAqil aka AbuSakeena

Hari ini hari terakhir cuti pertengahan tahun. Esok semua guru dan pelajar akan kembali ke sekolah. Sekejap sahaja dua minggu berlalu. Alhamdulillah cuti ini dimanfaatkan menanda kertas peperiksaan dan sipa awal lagi disebabkan desakan anak-anak didik yang teruja untuk mengetahui markah.

Dalam cuti ini juga saya memanfaatkan untuk update blog setiap hari. Namun bila sekolah bermula, blog LITB bakal terbiar kembali ekoran tiada masa. Kadang-kadang untuk online pun tidak sempat kerana tuntutan kelas tambahan,aktiviti petang diikuti dengan kelas tambahan atau bertugas sebagai warden pada waktu malam.

Buka sekolah nanti antara fokus utama ialah ingin memantapkan anak-anak didik 5 Ibnu Sina dalam subjek B. Arab Tinggi seterusnya membantu mereka untuk mendapat A dalam SPM nanti...Insya Allah. Diharap semua anak didik fokus kepada SPM dan tidak mengeluh, mengadu atau bersungut bila diberikan banyak latihan untuk latih tubi nanti.

Semua pelajar juga diingatkan agar memberi perhatian kepada pelajaran dan ketepikan perkara yang boleh mengganggu tumpuan belajar. Fokus kepada akademik agar anda akan mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan utama atau peperiksaan akhir tahun nanti.

Kepada anak-anak didik SMKDP, kita jumpa malam ini di asrama kerana ustaz bertugas pada malam ini. ( :( kecewa kerana tidak dapat tengok perlawanan akhir Piala FA yang akan disiarkan secara langsung di TV1 malam ini)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share