30 Mei, 2011

Tips Memanjangkan Jangka hayat bateri laptop





Memanjangkan Jangka hayat bateri laptop

Tadi habis RM250.00 gara-gara beli bateri laptop acer kesayanganku yang dah lama ‘kong’ sehingga keluar warning ‘sila dapatkan bateri baru’ anda. Memang patut pun sebab usia lappy tu dah nak masuk tahun ke-3.

Adakah cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop?. Macam-macam pendapat yang diberikan bila kita baca di forum-forum. Ada berpendapat semua bateri akan tamat usianya bila tiba ajal, malah ada yang berpendapat jangka hayat bateri akan lebih lama jika dijaga dengan betul.

Berikut dinyatakan beberapa cara untuk memanjangkan usia bateri laptop anda. Kredit kepada

Sumber 1


Di sini saya ingin berkongsi tips dengan anda semua berkenaan bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Cara Umum

Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.
 
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.

Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.

Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.

Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.

Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.

Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.

Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.

Jangan gunakan CD/DVD.

Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.

Gunakan cooling pad.

Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.


sumber 2


1. Ubah tetapan pelan bateri

(a) Klik Start > Control Panel > System and Security > Power Options > Power Saver
Apabila tiada sebarang aktiviti, paparan akan dipadamkan untuk menjimatkan kuasa.

Untuk pengguna berat atau tempoh masa yang lama:

(b) Klik Start > Control Panel > System and Security > Power Options > Power saver > Change plan settings > Change advanced power settings

Maksimumkan hayat bateri dengan cara mengubah tetapan cakera keras supaya cepat dipadamkan, menggunakan kuasa yang rendah untuk penyesuai wireless, pemproses dan khususnya grafik kad saudara.

Selain itu, tentukan juga di bahagian Processor power management:
  • Minimum processor state: On battery (5%), Plugged in (5%)
  • Maximum processor state: On battery (70%), Plugged in (100%)

Ianya akan mengawal laju-perlahan kipas pemproses berdasarkan suhu seterusnya membantu mengurangkan susutan nyawa bateri.

2. Ubah tetapan kadar kecerahan LCD
Berdasarkan carta pai di atas, lebih kurang separuh penyusutan bateri disebabkan oleh panel LCD. Oleh itu ubah atau rendahkan kadar kecerahan skrin. Kemudian, tutup fungsi screen saver dan Aero glass 
(a) Klik kanan pada latar belakang > Personalize
(b) Pilih tema di bahagian Basic and High Contrast Theme dan Screen saver: None

3. Memaksimumkan penggunaan kuasa pada perkakas
Tutup peranti yang tidak digunakan seperti wireless, bluetooth, kamera web dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Lakukan secara manual diControl Panel. Peranti yang terpasang akan menyusutkan hayat bateri.

Pastikan juga ram yang ada mencukupi untuk melakukan tugasan tertentu. Sekiranya saudara selalu melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa atau multitasking, ram sangat mempengaruhi prestasi. Contohnya, melayari internet, dengar lagu dengan Windows Media Player, menaip dengan Microsoft Word dan memuat turun video sekaligus. Ram 2GB adalah keperluan minimum manakala 4GB adalah standard hari ini.

4. Tutup servis dan proses yang beroperasi secara tidak langsung
Kemas kini Windows secara automatik, pencarian fail, Aero Glass, desktop gadget dan sebagainya menggunakan bateri secara tidak langsung. Oleh itu, saudara perlu menghalang servis dan proses yang tidak diperlukan. Sekiranya mahu cara mudah untuk menanganinya, muat turun dan pasang sahaja Aerofil. Pasti membantu.

5. Gunakan mode hibernasi apabila perlu
Mode ini akan membenarkan komputer riba  mengurangkan penggunakan kuasa sekiranya tidak menggunakan komputer riba seketika. Jika lebih daripada sejam, gunakan Sleep.

6. Cegah daripada haba dan kepanasan
Haba dan persekitaran panas boleh memendekkan hayat sesebuah bateri dalam jangka masa yang panjang. Gunakan pad penyejuk yang berjenama seperti Cooler Master dan Zalman untuk menyejukkan komputer riba yang digunakan.

Dalam situasi yang lain pula, binaan model Compaq CQ40 pernah dikritik hebat oleh pengguna kerana cepat panas walaupun baru menggunakan selama 10 minit. Dikatakan bahawa susunan perkakasan dalaman yang tidak kemas oleh jurutera menyebabkan udara panas tidak dapat dikeluarkan dengan efektif. Secara peribadi, model Asus terkini menggunakan teknologi yang tersendiri untuk menyejukkan sistem sekalipun lama digunakan.

Kemudian, pastikan arah udara panas keluar dari arah mana sama ada bawah ataupun tepi. Jikalau udara keluar dari bawah, maknanya saudara memerlukan pad penyejuk. Juga, saudara tidak boleh menggunakan komputer riba di atas katil kerana dikhuatiri udara panas terperangkap atas tilam dan menyebabkan haba terkumpul.

semoga bermanfaat untuk semua pengguna laptop

2 comments:

Teruskan Hidup berkata...

tip yang berguna, bateri laptop saya pon dah kong. bole tau, beli kat mana bateri laptop? berapa harganya kalau ori?

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

nonon787 tinggal kat mana?boleh tanya kat mana2 kedai komputer.lbh mudah tnya kat pusat servis laptop awk..kalu acer,tnya tpt acer

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share