25 Disember, 2010
B. Arab PMR 2010 : Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
AbuAqil A.K.A Abu Sakeena
Keputusan kertas B. Arab PMR 2010 amat mengejutkan. Saat mula-mula diberitahu oleh Setiausaha PMR bahawa 18 orang mendapat A, terus tidak terkata apa-apa. Seolah-olah itu hanyalah satu gurauan. Berulang kali bertanya untuk dapatkan kepastian. Alhamdulillah, 18 orang pelajar mendapat A. ini bermakna hanya empat orang sahaja yang gagal mendapat A dengan dua orang mendapat B dan dua orang mendapat C. Sungguh tidak dijangka. Target peribadi ialah 15 orang sahaja. Ini adalah satu bonus dari Allah setelah penat lelah dan pengorbanan selama setahun.
Tahniah kepada anda semua anak didik 3A 2010. Anda semua benar-benar membanggakan ustaz. Terima kasih kerana melonjakkan subjek Bahasa Arab pada tahun ini. Hilang segala penat lelah, letih, lesu ustaz bila mendapat keputusan ini. Keputusan ini meningkat seramai 8 orang berbanding tahun lalu iaitu seramai 10 orang mendapat A.
Kejayaan yang cemerlang ini pastinya akan diingati oleh ustaz sampai bila-bila. Yang pasti, cabaran 2011 dan tahun-tahun berikutnya pasti menjadi lebih berat untuk mengekalkan atau mengatasi kecemerlangan tersebut. Satu tugas yang amat-amat berat.
Kesempatan ini juga ustaz ingin mengucapkan tahniah kepada lima orang anak didik yang mendapat ‘straight A’ iaitu :
- Nurul Ain bt Che Din
- Nik Fatin Insyirah bt Nik Man
- Ainza Suzila bt Ramzi
- Nurul Atikah bt Abdul Muthalib
- Nur Fatihah Adyani bt Ismail
Tahniah juga kepada yang tercicir satu A, dapat 8A 1B ( nasib baik bukan subjek B. Arab yang tercicir tu J ) iaitu :
- Azira bt Abdu Rasid
- Nur Asmida Azira bt Mohamed
- Nur Aini bt Ramle
Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar yang telah berusaha sedaya-upaya namun keputusan tidak seperti yang diharapkan. Itulah ujian kehidupan dari Allah untuk menguji iman hambaNya. Anda tetap hebat kerana menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan Bahasa Arab. Tahniah kepada anda yang mendapat A Bahasa Arab iaitu : Nor Khuza Ashikin bt Ismail, Nor Zuraifa bt Ibrahim, Hafizatul Adawiyah bt Mohamad, Nur Shuhada bt Daud, Nor Anis Fazira bt Mazlan, Nurul Fatihah bt Che Shaari, Nur Hidayah bt Zulshamsuddin, Nurul Fikriyah bt Ayub, Siti Nur Fadhilah bt Zaiberi, Atikah bt Abdullah.
Kepada yang gagal mendapat A, jangan terlalu kecewa kerana ustaz tetap bangga anda semua. Anda telah berusaha sedaya-upaya cuma nasib tidak menyebelahi anda. Jangan putus asa, teruskan usaha untuk mendapat kecemerlangan pada masa akan datang.
2 comments:
insayallah plarar 3 arab 1 thn nie(2011) pom akn buat yg lbih baek dri pljar sblum nie...he3..
yup...mudah2an...angka 18 dpt diatasi oleh geng2 awk
Catat Ulasan