06 September, 2010

Memburu Lailatul Qadr : 60,000 iktikaf



MAKKAH: Lebih 60,000 jemaah beriktikaf di besmen dan kawasan Tambahan Raja Fahd Masjidil Haram sejak 10 hari terakhir Ramadan bermula.

Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia, untuk mengbadikan diri dengan bersolat, berdoa, membaca al-Quran serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Menuruni tangga bersebelahan Pintu Raja Fahd dari kawasan lapang di luar Masjidil Haram, pengunjung seolah-olah memasuki dunia lain.

Jemaah di situ hanya berbekalkan bantal, selimut dan beberapa pakaian serta kotak kecil, tempat menyimpan kurma untuk mereka berbuka puasa.

Kira-kira 40 peratus daripada mereka yang beriktikaf itu ialah wanita.

Abu Abdullah, 55, yang berasal dari Tunisia, kelihatan begitu asyik berdoa. Katanya, dia menghabiskan masa 40 tahun menjadi penyanyi lagu tradisional tetapi mengambil keputusan mengubah gaya hidupnya selepas seorang rakannya mabuk dan mati di rumahnya.

Penerbit filem, Fadhel, pula berkata, dia mengambil keputusan bertaubat kira-kira 20 hari sebelum Ramadan.

Katanya, selama 33 tahun dia menghabiskan masa dengan berlakon dan membuat filem dan ini adalah kali pertama dia menunaikan umrah. - Agensi


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share