Abu Aqil Adnan
Puasa yang sempurna ialah mengikut tunjuk ajar nabi saw bukan dilakukan mengikut adat kebiasaan atau kebanyakan orang. Kita hendaklah berusaha agar melaksanakan ibadat puasa sebagaimana petunjuk yang diajar oleh Baginda saw. Berikut dinyatakan beberapa adab dan amalan berpandukan hadis-hadis Nabi saw yang dituntut kita melaksanakannya agar mendapat pahala sebaik mungkin.
1. Berniat pada malam hari
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak berniat berpuasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
2. Ikhlas kerana Allah SWT
Seorang muslim hanya mengharap dengan puasanya tersebut keredaan Allah semata, didorong oleh keimanan dan mengharap pahala dari Allah. Rasulullah Saw bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni baginya dosa-dosa yang pernah ia lakukan".
3. Memperbanyak sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah saw bersabda :
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain :
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )
4. Menyegerakan berbuka puasa
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Rasulullah saw bersabda : Agama ini sentiasa menang selagi manusia menyegerakan berbuka kerana orang yahudi dan nasara melewat-leatkan puasa mereka.(Abu Daawud, Ibn Majah)
5. Berbuka puasa dengan Rutab/ tamar/Air
Kita digalakkan berbuka dengan rutab (kurma basah) atau tamar atau air sekiranya tidak ada. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Saw:
Dari Anas r.a.: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa rutab (kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum shalat Maghrib, kalau tidak ada rutuhab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air.” (HR. sahih Abu Daud).
6. Menghindarkan diri dari semua dosa
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah Saw, bersabda :"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta (bohong) dan beramal dengannya, maka Allah tidak perlu kepada usahanya dalam meninggalkan makan dan minumnya." (HR. Bukhari: 4/116).
7. Berdoa ketika berbuka
Doa berbuka yang sahih dari nabi saw ialah :
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ الله
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya Insya Allah " ( Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani).
Kita juga hendaklah memperbanyakkan berdoa ketika hampir berkuka kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sahih)
8. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
9. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
Membaca al-Quran dianjurkan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan kerana padanya al-Quran diturunkan. Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa :
Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan dan pada bulan Ramadan baginda lebih pemurah ketika baginda ditemui oleh Jibri a.s pada tiap-tiap malam Ramadan. Maka baginda saw bertadarus al-Quran. Adalah Rasulullah saw lebih pemurah dari angin yang bertiup. ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
10. Memperbanyak doa selama berpuasa
Artinya: "Dari Abu Hurairah Ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda:" Tiga (golongan) permintaannya tidak akan ditolak: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi." (HR. Tirmidzi (hasan shahih) dan Ibnu Majah dan Ahmad).
11. Bersahur dan melewatkannya
Jangan malas untuk bangun bersahur kerana bersahur sunnah yang mempunyai besar keutamaan.
Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Nabi saw juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Nabi saw bersabda:"Semua makan sahur adalah barakah maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun dengan hanya meneguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berdo'a bagi mereka yang makan sahur".
Hadis :"Sebaik-baik sahur seorang mu'min adalah kurma".
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, solat witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah. Manfaatkan waktu doa musjatab satu pertiga akhir malam ketika itu dengan banyak berdoa dan memohon keampunan Allah.
10) Menunaikan solat sunat terawih
Jangan lepaskan peluang ini kerana sabda rasulullah saw yang bermaksud :
Sesiapa yang qiyam ramadan (tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala,maka Allah ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”( al-Bukhari dan Muslim)
Hendaklah dilaksanakan oleh lelaki dan wanita secara berjamaah di masjid atau boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah.
11) Memperbanyakkan bersiwak ( menggosok gigi)
Amalan ini disunatkan dalam semua keadaan terutama ketika berwuduk, membaca al-Quran, hendak tidur, bangun dari tidur dan ketika mulut berbau. Orang yang berpuasa sememangnya mulutnya berbau.
Nabi saw bersabda : bersiwak membersihkan mulut dan mendapat keredaan Allah.( Imam Ahmad, al-Darimiy)
12. Bersungguh-sungguh beribadat pada 10 malam terakhir
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw apabila telah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadan baginda menghidupkan malamnya dan membangunkan ahli keluarganya dan diikat erat-erat kain sarungnya. ( Muttafaq Alaih)
Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita untuk mengamalkan sunnah-sunnah puasa ini.
Rujukan :
Kesempurnaan Ibadat Puasa, Drs Abdul Ghani Azmi
0 comments:
Catat Ulasan