03 Ogos, 2010

Adab- adab Terhadap Haiwan



Seorang muslim hendaklah berlaku ihsan kepada semua makhluk termasuk kepada haiwan. Tidak beradab terhadap haiwan boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana hadis yang menjelaskan seorang wanita dimabsukkan ke dalam  neraka kerana mengurung seekor kucing sehingga mati. Antara adab-adab terhadap haiwan :

1. Memberi makan dan minum. sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda :

"Barangsiapa yang tidak belas kasihan niscaya tidak dikasihani" [ Imam al-Bukhari ; 5997, Muslim : 2318]

ارحموا من فى الاض يرحمكم من فى السماء

"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit" [HR At-Tirmdzi : 1924]

2. Menyayangi dan kasih sayang kepadanya, sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda ketika para sahabatnya menjadikan burung sebagai sasaran memanah.

لعن الله من اتخذ شيئا فيه روح غر ضا

"Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran" [HR Al-Bukhari : 5515, Muslim : 1958] [riwayat Ahmad : 6223]

Beliau juga telah melarang mengurung atau mengikat binatang ternak untuk dibunuh dengan dipanah/ditombak dan sejenisnya, dan kerana beliau juga telah bersabda. "Siapa gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini kerana anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya". Beliau mengatakan hal tersebut setelah beliau melihat seekor burung mencari-cari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" [HR Abu Daud : 2675 dengan sanad shahih]

3. Menyenangkannya di saat menyembelih atau membunuhnya, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda, "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kalian membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kalian menyembelih hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan, dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihannya dan hendaklah ia mempertajam mata pisaunya" [HR Muslim : 1955]

4. Tidak menyiksanya dengan cara penyiksaan apapun, atau dengan membuatnya kelaparan, memukulinya, membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksanya atau membakarnya, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : "Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing yang ia kurung hingga mati, maka dari itu ia masuk neraka kerana kucing tersebut, disebabkan ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat ia mengurungnya, dan tidak pula ia membiarkannya memakan serangga di bumi" [HR Al-Bukhari : 3482]

Ketika beliau berjalan melintasi sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda.

انه لاينبغى أن يعذ ب بالنار الا رب النار

"Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api" [HR Abu Daud : 2675, hadits shahih]

5. Boleh membunuh haiwan yang mengganggu, seperti anjing buas, serigala, ular, kalajengking, tikus dan lain-lainnya, kerana beliau telah bersabda, " Ada lima macam haiwan jahat yang boleh dibunuh di waktu halal (tidak ihram) dan di waktu ihram, iaitu ular, burung gagak yang putih punggung dan perutnya, tikus, anjing liar dan rajawali" [HR Muslim : 1198]. Juga ada hadits shahih yang membolehkan membunuh kalajengking dan mengutuknya.

6. Boleh memberi wasam (tanda/cap) dengan besi panas pada telinga binatang ternak yang tergolong na'am untuk maslahat, sebab telah diriwayatkan bahwasanya Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam memberi wasam pada telinga unta shadaqah dengan tangan beliau yang mulia. Sedangkan haiwan lain selain yang tergolong na'am (unta, kambing dan sapi) tidak boleh diberi wasam, sebab ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat ada seekor keledai yang mukanya diberi wasam beliau bersabda, "Allah mengutuk orang yang memberi wasam pada muka keledai ini" [HR Muslim : 2117]

7. Menunaikan zakat haiwan bila mencukupi syarat-syarat.

8. Tidak boleh sibuk mengurus haiwan hingga lupa taat dan zikir kepada Allah. Sebab Allah telah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah" [Al-Munafiqun : 9]

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun telah bersabda berkenaan dengan kuda : "Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa. Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah, ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan.

Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya. Kuda yang diikat oleh seseorang kerana ingin menjaga kehormatan diri (tidak meminta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah Subhanahu wa Ta'ala pada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya. Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang kerana kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya" [HR Al-Bukhari : 2371]

Demikian adab dan etika yang sepatutnya diamalkan oleh setiap yang bergelar  muslim. Islam agama yang mengutamakan kasih sayang terhadap semua hidupan termasuk haiwan. Semoga kita dapat mengamalkan adab-adab ini dan dipermudahkan oleh Allah untuk melakukan semua amal soleh.

Rujukan :
 kitab Minhajul Muslim, Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza'iri.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share