14 Mei, 2010

Separuh Akhir Piala Thomas : Bahangnya Semakin Terasa





Pada masa kini semua orang bercakap tentang kejohanan piala Thomas. Di sekolah, di restoran, di pejabat semua mengulas tentang perlawanan antara Negara kita dengan musuh tradisi yang gah dengan gelaran juara lapan kali. Sehinggakan pelajar-pelajar  perempuan pun begitu bersemangat mengulas dan memperkatakan tentang perlawanan pada petang ini. Begitulah fitrah insan dengan semangat cintakan Negara.
Secara umumnya peminat sukan negara kita pastinya teruja dengan kemampuan Malaysia mara ke separuh akhir setelah bermula dengan langkah kiri setelah kalah dengan pasukan”mentah” Jepun dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Perlawanan petang ini semestinya sengit dan pastinya amat mendebarkan. Sesiapa yang mempunyai sakit jantung tidak digalakkan menontonnya kecuali anda bukan peminat sukan badminton. Harapan untuk menang tetap ada walau pun amat tipis. Barisan pemain China yang nampak stabil dan mantap amat sukar untuk ditewaskan.

Sejujurnya saya hanya  begitu teruja dengan pertemuan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei menentang Lin Dan,musuh yang menewaskannya dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik 2008 yang masih segar dalam ingatan. Hanya kemenangan Lee Chong Wei akan menentukan hala tuju perlawanan seterusnya. Sekiranya beliau tewas, maka boleh dikatakan peluang untuk mara ke perlawanan akhir jelas tertutup. Itu sekadar pendapat peribadi.

Tiada istilah mustahil dalam pertandingan. Jangan mudah mengalah. Kami penonton tidaklah terlalu kecewa sekiranya anda kalah setelah berusaha dengan segala kudrat yang ada. Kalau tewas pun, biarlah dengan bermaruah. Semoga tuah menjadi milik pasukan kita pada hari ini.  Malaysia Boleh!!!

2 comments:

ustaz berkata...

mesti debar2 tengok siaran langsung nanti

Ariffah9 berkata...

Lee Chong Wei dah kalah 21-8 dengan China

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share