22 Mei, 2010

Guru dipenjara 10 bulan kes kelucahan melampau



Sungguh mengaibkan!. Guru pentadbir yang sepatutnya melicinkan pentadbiran sekolah dan membimbing pelajar boleh melakukan kemungkaran seperti itu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam dunia pendidikan...abuaqil adnan
-----------------------

2010/05/22
SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang guru penolong kanan atas tuduhan merangsang seorang muridnya untuk melakukan kelucahan melampau, tiga tahun lalu.

Mohd Harith Mohd Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 antara jam 3 petang hingga 4 petang pada akhir Mac 2007.


Tertuduh berasal dari Taman Arowana Impian di sini, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun dan sebatan.

Majistret Noralis Mat bagaimanapun membebas dan melepaskan tertuduh daripada dua lagi pertuduhan membabitkan mangsa berlainan.

Mengikut pertuduhan itu, Mohd Harith dituduh memaksa seorang lagi murid melakukan kelucahan melampau di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Stadium Paroi kira-kira jam 8.30 pagi, pada Oktober 2006.

Dia turut dituduh melakukan kesalahan sama terhadap mangsa itu ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Rasah kira-kira jam 3 petang, pada Mac 2007.

Noralis turut membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai, selepas peguam tertuduh memaklumkan pihaknya akan membuat rayuan. Tertuduh diwakili peguam P Jaya Prakash Rao dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmie. 


1 comments:

aza berkata...

perkara semacam ini adalh keaiban...dosanya berkait dgn pelajar itu dan Allah SWT..kalo dia bertaubat...Allah swt maha pengampun....Rasulullah SAW ada bersabda sesiapa yg menutup keaiban saudaranya insya allah keaibannya nanti akan Allah tutup di akhirat kelak...mahkamah pun dah hukum..ranjau di hadapan kita pun masih banyak moga2 kita akan selamat..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share