22 Mei, 2010

Doa Dari al-Quran : Jangan Bebankan kami Dengan Perkara Yang Tidak Mampu Kami Memikulnya





رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) ) البقرة/286

Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

Doa ini merupakan doa yang sering dibaca kerana ia mempunyai kelebihan yang besar berdasarkan hadis Nabi saw. Doa ini berada dalam dua ayat terakhir Surah al-Baqarah iaitu lebih dikenali dengan nama ayat ‘aamanar rasul’.


Hidup kita sering diisi dengaan pelbagai ujian, kesusahan dan keperitan yang boleh membuatkan kita rasa tertekan dan dirundung malang. Begitulah reality kehidupan. Sesiapa yang berakal pasti akan menemui ujian kehidupan sama ada dari segi harta, ahli keluarga, pelajaran, kerjaya, sahabat dan sebagainya.

Allah sememangnya akan menguji hambaNya untuk mengenalpasti siapa yang yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNya sebagaimana yang dijelaskan dalam Surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :
“ Dia yang menjadikan maut dan kehidupan untuk menguji kamu yang manakah mempunyai amalan yang terbaik”.

Namun demikian kita sebagai hamba yang lemah hendaklah sentiasa berdoa agar tidak diuji dengan perkara yang kita tidak mampu menanggungnya. Baca dan amalkanlah doa ini mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita daripada ditimpa musibah yang tidak mampu dipikul terutama ujian yang boleh menggugat iman dan akidah kita.

Semoga Allah member kekuatan kepada saya dan pembaca semua untuk mengamalkannya.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share