16 Mei, 2010

Guna telefon bimbit terlalu lama undang risiko kanser





Adakah anda seorang yang gemar berborak panjang dengan menggunakan telefon bimbit?. Mungkin berita ini akan membuat anda berfikir panjang untuk berbuat demikian.
-----

LONDON: Penggunaan telefon bimbit berpanjangan mungkin dapat dikaitkan dengan sejenis kanser, satu kajian besar-besaran akan mendedahkan penemuan itu minggu depan.

Satu kajian penting akan mendedahkan bukti bahawa mereka yang sering berbual panjang menggunakan telefon bimbit mempunyai risiko tambahan mendapat ketumbuhan otak yang berpotensi membawa maut.

Penemuan itu mungkin menyebabkan kerajaan mempertingkat nasihat kesihatannya ke atas keselamatan telefon bimbit, yang masih tidak berubah selama empat tahun, walaupun bertambahnya penggunaan alatan itu terutama di kalangan kanak-kanak.

Namun, saintis di 13 negara yang menyumbang kepada projek Interphone menelan belanja £15 juta (RM69.58 juta) sedekad lamanya kemungkinan berdepan kritikan walaupun dengan tempoh dan perbelanjaan dalam tugas mereka, data yang diperoleh tidak tepat dan terdedah dengan kesilapan.

Kajian itu dimulakan Agensi Antarabangsa Penyelidikan ke atas Kanser (IARC), agensi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1998 untuk menyiasat sama ada pendedahan telefon bimbit dikaitkan dengan perkembangan tiga jenis ketumbuhan otak.

Diketahui bahawa radiasi frekuensi radio dipancarkan telefon bimbit diserap tubuh, kebanyakannya menerusi kepala apabila telefon bimbit dilekapkan pada telinga. Namun, penyelidikan sama ada penggunaan kerap telefon bimbit menjejaskan kesihatan masih belum terbukti sejak teknologi itu digunakan secara meluas.

Antara 2000 dan 2004, penyelidik menemuramah penghidap ketumbuhan otak dan mereka yang dalam keadaan baik, berjumlah 12,800 semuanya untuk melihat jika penggunaan telefon bimbit menyumbang sebarang perbezaan.

Sesetengah kajian yang diterbitkan secara individu menunjukkan pertambahan risiko glioma - jenis ketumbuhan otak biasa - di kalangan mereka yang bercakap menggunakan telefon bimbit kira-kira 30 minit sehari selama 10 tahun. Kebanyakannya yang mendapat ketumbuhan itu menyaksikan ia membesar pada bahagian tepi kepala sama yang ditekap telefon bimbit. – Agensi

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gunatelefonbimbitterlalulamaundangrisikokanser/Article

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share