23 Mei, 2010

Berwuduk Menghapuskan dosa







Berwuduk merupakan salah satu ibadat dalam Islam. Setiap mukmin semestinya setiap hari akan berwuduk sebelum solat. Kerana tanpanya solat akan jadi sia-sia. berwuduk mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah dosa-dosa dihapuskan.
Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam bersabda :

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ 


“Barangsiapa berwuduk dan membaguskan wuduknya, maka kesalahan-kesalahannya keluar dari tubuhnya hingga keluar dari bawah kuku-kukunya” ( Imam Muslim) 


Hadis ini mensyaratkan wuduk itu dilakukan dengan sempurna, baru mendapat kelebihan tersebut. Sempurna dengan maksud dilakukan seperti mana yang ditunjuk ajar oleh Baginda nabi saw serta menjaga adab-adab berwuduk di samping tidak melakukan pembaziran.

Oleh yang demikian berwuduklah dengan sempurna dan jangan gopoh dalam melakukannya kerana dikhuatiri wuduk kita kita sempurna dan terlepas mendapat kelebihan dosa-dosa diampunkan. Alangkah ruginya.

Dalam hadis yang lain Nabi saw bersabda  yang bermaksud :
 
Ketika berwuduk seorang muslim atau mu’min, apabila ia membasuh wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya itu, segala dosa-dosa yang dilakukan dengan penglihatannya bersama air (wuduk) atau titisan terakhir air tersebut, apabila ia membasuh kedua-dua tangannya maka keluarlah dari kedua-dua tangannya segala dosa-dosa yang dilakukan melalui kekerasan dengan kedua-dua tanganya itu bersama-sama air (wuduk) atau titisan terakhir air tersebut, apabila membasuh kedua-dua kakinya, keluar segala dosa-dosa melalui perjalanan kakinya itu bersama air (wuduk) atau titisan terakhir air tersebut sehingga terhapus kesemua dosa-dosanya. (Imam Muslim)

Sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali kita berwuduk dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh anggota kita akan gugur bersama air wuduk tersebut berdasarkan hadis di atas. Oleh itu jangan memandang remeh amalan berwuduk ini kerana Allah menjanjikan keampunan di dalam melaksanakannya.




0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share