01 Mac, 2010

Hadis : Tutuplah Aib Saudaramu !



Hadis 1 :

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang merungkaikan dari seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Hadis 2 :
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hati-hatinya. Janganlah kalian mengumpat kaum muslimin dan jangan mencari-cari keaiban-keaiban mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari keaiban kaum muslimin, Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang dicari-cari keaibannya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).” (Riwayat ImamAhmad dan Abu Dawud )

 Pengajaran hadis :
1- kita hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu saudara seagama yang berada dalam kesusahan.
2- Jangan mendedahkan keaiban orang lain agar Allah tidak mendedahkan keaiban kita di akhirat.
3- Sentiasalah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan agar kita sentiasa mendapat rahmat dan bantuan daripada Allah SWT terutama di akhirat.
4- Sentiasalah kita melihat keaiban dan kelemahan diri sendiri untuk memperbaiki diri.
5- Sesungguhnya Allah akan menghukum manusia dengan adil dan sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

men-dpt manfaat drpd-nya.
Bila di-fikir2x...betapa indah-nya se-sama muslim faham akan hak2x saudara-nya, sentiasa ber-baik sangka dgn saudara-nya & menutup aib se-sama saudara-nya. . .

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share