02 Mac, 2010

Doa Nabi saw : Pohon Petunjuk,Takwa, Bermaruah dan Kekayaan




BISMILLAH...
Ibn Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw  sentiasa berdoa :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
(Allaahumma innii as alukal huda wattuqaa wal afaafa wal ghinaa)
Maksud : Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk, takwa, bermaruah dan kekayaan”.
Doa ini disimpulkan oleh ulama sebagai doa yang ringkas tapi merangkumi semua aspek dan doa paling bermanfaat. Begitulah sifat doa-doa Nabi saw sekiranya kita perhatikan. Doa Baginda saw amat ringkas tapi maknanya merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat.
Doa ini amat sesuai kita amalkan kerana ia adalah sunnah Rasulullah saw sebagaimana kata ibn Mas’ud bahawa Baginda sentiasa berdoa dengan doa ini.
Ulama mentafsirkan ‘ Huda’ dengan makna ilmu yang bermanfaat. Manakala ‘al-Tuqa’ bermaksud amal soleh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah dan rasul.
Imam al-Nawawi berpendapat ‘al-afaf’ bermaksud menjaga diri daripada perkara yang diharuskan dan menahan diri. Sementara ’kekayaan’ di sini bermaksud kaya jiwa iaitu tidak bergantung harap kepada manusia  dan apa yang pada pada mereka.
Sesiapa memperoleh keempat perkara ini dalam kehidupannya, maka dia telah mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Wallahu ta’ala a’lam

1 comments:

Aliaa berkata...

doa ni mmng ringkas tp sangat bermanfaat kpd kita semua...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share