09 Februari, 2010

Majlis Temu Mesra dan Motivasi PMR 2010




Pada hari ini 9 hb Februari SMK Putri Saadong telah mengadakan majlis temu mesra ibubapa dan motivasi PMR. Program bermula pada pukul 7.45 pagi dengan pendaftaran kemudian solat hajat yang dipimpin oleh penulis ( Abu Aqil Adnan).
Kemudian para ibubapa dijemput ke dewan terbuka SMKPS untuk program selanjutnya dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh penulis diikuti dengan ucapan Pemangku Penolong Kanan En. Haron bin Ab. Rahman.
Seterusnya disampaikan taklimat mata pelajaran iaitu yang disampaikan oleh 9 orang guru termasuk penulis yang memberi penerangan berkaitan matapelajaran Bahasa Arab. Kemudian pengetua Tuan Hj Pi Remli bin Che Ishak menyampaikan ucapan penutup.
Majlis diakhiri dengan pertemuan ibubapa dengan guru tingkatan anak masing-masing. Penulis berasa amat gembira kerana dapat mengenali dan berbincang dengan ibu dan bapa anak-anak didik yang dikasihi iaitu para pelajar 3A. Penulis amat mengharapkan kerjasama dan dorongan ibubapa agar Bahasa Arab tahun ini akan mencapai kecemerlangan.
Mudah-mudahan majllis pada hari ini akan memberi motivasi dan keazaman untuk berusaha dengan lebih gigih demi membalas jasa ibubapa dan guru yang banyak berkorban untuk kebaikan pelajar.

Berikut foto-foto sempena majlis tersebut ( Setinggi-tinggi penghargaan kepada Nurul Ain bt Che Din kerana sudi menjadi jurugambar sepanjang majlis)...jazakillah.

penulis menyampaikan  taklimat berkaitan matapelajaran B. Arab

 kehadiran ibubapa dan penjaga yang amat memberangsangkan

 empat orang pelajar yang mendapat cenderamata daripada tuan pengetua

1 comments:

abuaqil berkata...

ain ni memang posing abiiih dn penuh gayee...hehe

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share