07 Februari, 2010

Hati Seorang Guru Akan Terluka…




BISMILLAH…

Hati seorang guru akan terluka bila arahannya tidak diendahkan.

Hati seorang guru akan kecewa bila suruhannya diketepikan.

Hati seorang guru akan merana bila anak didiknya tidak dengar kata.

Hati seorang guru akan terguris bila niatnya untuk membantu anak didiknya tidak tercapai.

Kesabaran seorang guru akan goyah bila kerap kali nasihatnya dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Kesabaran seorang guru akan hilang bila acap kali teguran untuk kebaikan tidak dihiraukan.
Begitulah rutin perjuangan guru.

Hadirnya tidak dialu-alukan, tegurannya diketepikan, nasihatnya tidak dihiraukan, niat baiknya untuk mendidik dicabar sedemikian rupa.

Ya Allah…kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepada hambaMu yang lemah ini untuk meneruskan perjuangan mendidik saudara seagamaMu ke jalan yang Engkau Redai.

WALLAHU TA’ALA A’LAM.


7 comments:

pelajar 2a1 berkata...

assalamualaikum,ustaz..ustaz,kami semua sebanarnya nak minta maaf..kami nak minta maaf dgn ustaz dari hujung rambut sampai hujung kaki..kami sedar akan kasalahan yang dilakukan.ustaz,tolong la...kami tahu ustaz kecewa dan terluka,tapi tolong sangat2..kami perlukan ustaz!!!

pelajar 2a1 berkata...

kami semua berharap agar ustaz sedia memaafkan kesalahan kami..kami sedar bahawa kami telah mengecewakan dan melukakan hati seorang insan yang telah banyak berjasa...ustaz,tolong maafkan kami..

AbuAqil berkata...

salam....

kami???

awak sorang je setahu ustaz yg minta maaf kat sini...

hamba allah berkata...

ustaz........!!!!

AbuAqil berkata...

kenapa c-kin????

sue berkata...

ustaz,sy mtk mf..sy sedar silap saya..saya tak berniat pon nk lukakan hati ustaz..saya akn berubah ustaz...saya janji dgn ustaz..terima kasih krna telah mendidk sy..sy anggap ustaz seperti ayah saya sendri..

maryam berkata...

assalammualaikum ustaz...saya ingin meminta maaf kepada ustaz jikalau saya mebuat sebarang kesalahan,berckp tinggi dengan ustaz..tidak menghantar buku latihan...tidak menghafal perkataan yang ustaz suruh menghafal...saya tahu bahawa kerja sebagai guru ini bukan mudah..itu sebb guru adalah yang patut dihormati selain ibu bapa...sebelum menempuh peperiksaan ...saya memohon keampunan dari ustaz tolonglah maafkan kami pelajar 2 arab 1 ikhlas dari hati ustaz...kami akan buat yang terbaik dan yang lebih baik untuk ujian b.arab...assalammualaikum..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share