06 Februari, 2010

Kisah Muktabar : Bayi Berkata-kata Berdoa





 BISMILLAH…
Kisah kali ini ialah mengenai  seorang bayi yang boleh berkata-kata dengan izin Allah SWT. Semoga kisah ini membari pengajaran kepada kita semua.
Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Di kalangan Bani Israel terdapat seorang ibu yang sedang  menyusu bayinya.  Tiba-tiba lalu seorang berkenderaan yang berpakaian menarik dengan tunggangan yang mewah. Ibunya berkata : Ya Allah, jadikanlah anakku seperti orang ini. Lalu anaknya melepaskan puting susu, memandang kepada lelaki berkenderaan dan berkata : Ya Allah, jangan jadikan aku sepertinya. Kemudian dia menyambung menghisap susu.
 Kemudian seorang hamba perempuan diheret dan dipukul kerana dituduh mencuri dan berzina. Lalu ibunya berkata : Ya Allah, jangan jadikan anakku sepertinya. Anak itu meninggalkan susu dan berkata : Ya Allah, jadikan aku sepertinya. Si ibu bertanya, mengapa begitu?. Si anak menjawab : Lelaki berkenderaan itu adalah seorang yang sombong. Sementara hamba perempuan itu dituduh berzina dan mencuri, padahal dia tidak melakukannya.

Pengajaran :
1. Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu yang luar biasa berlaku dengan izinnya.
2. Seseorang yang mendapat kemuliaan dan sanjungan di sisi manusia belum pasti akan mendapat kemuliaan  di sisi Allah SWT.
3. Sifat sombong boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kehinaan di akhirat.
4. Seorang yang bertakwa akan mendapat kemuliaan di sisi Allah walaupun di dunia dipandang hina oleh orang ramai.

WALLAHU TA’ALA A’LAM.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share