22 Februari, 2010

Couple Bukan Budaya Umat Islam Yang Beriman




 COUPLE,setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara.Saling mengungkapkan rasa sayang dan rindu walaupun tidak semestinya memasuki alam perkahwinan.

Lalu mengapa harus dipersoalkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA,Fitrah Setiap Manusia,

Manusia diciptakan oleh ALAH SWT dengan membawa fitrah(instinct)untuk mencintai lawan jenisnya.Sebahagian firmanNYA:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia (cinta) kepada apa-apa yang diingini,iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14)

Berkata Imam Qurtubi: ALLAH SWT mengutamakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim,Nasal,Ibnu Majah,Ahmad,Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman: 70)

Namun Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta,juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM

1.Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNYA: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (An-nur: 30).
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yang beriman, ALLAH berfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (An-nur: 31)

2.Menutup aurat
ALLAH berfirman: Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (An-nur: 31).
Juga firmanNYA: Wahai Muhammad,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu merek tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-nur: 59)

Perintah menutup aurat juga adalah untuk semua jenis (lelaki dan wanita). Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki,begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

Aurat lelaki dengan lelaki: Dari pusat hingga lutut
Aurat perempuan dengan perempuan: Dari pusat hingga lutut

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Jika terdapat sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir (pembatas). Sebagaimana firmanNYA: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-ahzab: 53)

4.Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki berdua-duaan (khalwat)  dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan adalah orang ketiga (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.(Al-ahzab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia ketika berbicara dengan orang lain tanpa memerduka suara,dalam erti kata lain janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata: Demi ALLAH, tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina,yang pasti akan mengenanya. Zina mata dengan memandang, zina lisan denagn berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh membawa kepada zina. Sebagaimana firmanNYA: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (Al-Isra: 32)

HUKUM BERCOUPLE
SETELAH memerhatikan ayat Al-Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan perempuan meskipun itu hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi.

FATWA ULAMA
Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau:Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram,kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing
(bukan mahramnya) baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya,dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? 
Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji. Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-menyurat, pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.  

Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum bernikah? 
 Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lain2) . 

Sebagaimana firman Allah SWT: Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (Al-Ahzab:32) 
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah,akan tetapi hanya sekadar keperluan.

SYUBHAT DAN JAWAPAN YANG SEBENARNYA
Pengharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat kukuh,antaranya:

1."Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram,kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan islam,tanpa melanggar syariat."

Jawapan 1: "Istilah bercouple berlandaskan islam itu cuma ada dalam khayalan,dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat, tidak bersentuhan serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh."  

2."Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dulu calon pasangan hidupnya, fizikal, sifat, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum bernikah akan jauh lebih ringan daripada kalu terjadi sebelum bernikah."

Jawapan 2: "Memang, mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sbelum memasuki alam pernikahan,agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram."

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda: Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

FENOMENA COUPLE
Dalam situasi terkini,fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui Al-Quran dan As-sunnah RasulNYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapnya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata. Nauzubillah.

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan menjauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

sumber :http://wwwdaneyahdayana.blogspot.com/
Setinggi Penghargaan kepada pelajarku : daneyah dayana

9 comments:

aliaa berkata...

salam..ustaz.apa maksud merek dan membaiat??

abuaqil berkata...

salam...alia

merek? ustaz tak jumpa pun

membaiat : menyatakan taat setia.para sahabat yg peluk islam akan baiat dgn rasulullah saw.

ariffah9 berkata...

salam ustaz,
CINTA itu SUCI sebenarnya..
cuma skrg, erti cinta sdh dimanupilasikan, cinta sudah kotor pd erti skrg..
Apa2pun, betullah. Couple itu HARAM.

aliaa berkata...

ada la ustaz..cuba ustaz tengok dekat etika dan batas pergaulan(no 2)

abuaqil berkata...

ooo merek yang salah taip je tu...

yang sebenarnya ialah MEREKA

aliaa berkata...

ooww...tq ustaz.

fatin berkata...

Salam,ustaz.. Setiap manusia diciptakan utk saling lengkap melengkapi. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan jodoh itukan rahsia Allah..jika kita percaya pd janji Allah,sy rasa x perlulah kita nak 'bercouple' krn Allah sdh merancangkan sesuatu yg terbaik buat kita. Oleh itu, marilah kita sama2 berdoa semoga diberikan jodoh yg terbaik..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salam fatin...betol3

ruzaiman berkata...

ustaz....macam mane pulak kalau kita duduk didalam kelas bersebelahan dengan perempuan....tetapi hanya ketika di dalam kelas dan ketika pembelajaran ?

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share