14 Januari, 2010

Jangan Sampai Bankrap di Akhirat





BISMILLAH...
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Tahukah kamu siapa orang yang muflis(bankrap) ? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang muflis yang sebenar dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala salat, puasa, dan zakat. Akan tetapi  dia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi olehnya. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang dizalimi) kemudian dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka. ( Riwayat Imam Muslim)

 Hadis ini amat menakutkan orang yang beriman kerana kesalahan yang dilakukan terhadap orang lain perlu dibayar dengan harga yang mahal iaitu dengan pahala di akhirat kelak. Pahala solat, zikir, tilawah, puasa dan sebagainya terpaksa dipindahkan kepada orang yang telah kita zalimi semasa di dunia sama ada kesalahan mencuri, memukul, menghina, mengutuk, mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
Dalam banyak-banyak anggota, lidahlah yang paling banyak kesalahan yang melibatkan orang lain. seketul daging ini boleh menyebabkan kita menjadi bankrap di akhirat. Entahlah kenapa lidah kita amat mudah untuk bercakap tentang perihal orang lain padahal ia langsung tiada kaitan dengan diri kita. Perbuatan itu menyebabkan kita hilang pahala malah lebih malang lagi kita terpaksa memikul dosa orang yang kita aniayai semasa di dunia.
Hadis ini juga mendorong kita agar berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan terhadap orang lain.  Di samping itu kita juga hendaklah memperbanyakkan amalan soleh memandangkan kita sememangnya amat mudah untuk tergelincir ke medan mengumpat, mencela, menyakiti hati saudara kita tanpa kita sedari.
Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas.
WALLAHU TA’ALA A’LAM


1 comments:

Ariffah9 berkata...

Semoga. Moga tidak trmasuk dlm golongan trsbut, Insya'allah~
Huhu, lidah . Wajib jaga.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share