14 Januari, 2010

Betul Ke Format Soalan Bahasa Arab PMR 2010 Berubah?



 PMR 2010 : CONFIRM GUNA FORMAT BARU :


BISMILLAH...

Persoalan ini sering bermain di fikiran guru bahasa Arab dan calon-Calon kertas Bahasa Arab PMR 2010. Lebih memeningkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) terus membisu dan tidak merungkaikan persoalan ini. Sehingga kini telah masuk pertengahan januari 2010,pihak LPM masih belum mendedahkan rupa bentuk soalan yang sebenar. Saya juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan berkaitan masalah ini demi masa depan anak didik.

Mengikut maklumat daripada sumber ‘Orang lama’berkaitan dengan subjek Bahasa Arab menyatakan bahawa antara perkara yang disebut oleh pihak LPM dalam perjumpaan yang lepas ialah:

1- Soalan terjemahan ke Bahasa Arab dan ke Bahasa Melayu dimansuhkan( soalan Bahagian C format lama)

2- Soalan pemahaman dan jawapan dalam Bahasa Arab ( format lama soalan B. Arab jawapan B. Melayu)

3- Soalan masih kekal lapan soalan. Berkemungkinan soalan masih satu kertas. Bukan dua kertas yang diwar-warkan sebelum ini.

4- Soalan membina ayat berdasarkan gambar dan melengkapkan hiwar (perbualan) dikekalkan.

5- Terdapat mengarang Insya’( karangan ringkas)

6- Terdapat soalan hikam, amthal dan Qawa’id seperti mana isi kandungan buku teks yang digunapakai pada masa kini.

Contoh-contoh soalan yang saya muatkan di laman ini masih relevan dan sesuai untuk dijadikan latihan sebagai persiapan awal sebelum keluar bentuk soalan yang sebenar. Jangan anggap soalan yang disediakan itu 100% tepat dan sama. Itu hanyalah contoh sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak JPN Kelantan. Mungkin ada yang sama dan tidak mustahil juga ada yang berbeza.

Kita tunggu pendedahan oleh pihak LPM nanti. Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman ini untuk kemudahan kita semua. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan.

 PMR 2010 : CONFIRM GUNA FORMAT BARU :
RUJUK http://pbasmkps.blogspot.com/2010/07/b-arab-pmr-2010-confirm-guna-format.html


WALLAHU TA’ALA A’LAM

35 comments:

smk raja lope nor rashid berkata...

mcm mane agaknyer format tahun ni yer????takut la...

AbuAqil berkata...

salam...smk raja.

jangan takut. kalau kita bersedia soalan camne pun tak de masalah.

lembaga masih menyepi. belum buat pendedahan bentuk soalan.
bila telah didedahkan,ustaz akan maklumkan di sini.

jadi rajin-rajin ziarah laman ni ye...

zack berkata...

assalamualaikum.........

abuaqil berkata...

wa alaikumussalam zack..ahlan wa sahlan

muallimah berkata...

denagr kabar LPM akan dedahkan format baru awal Mac ni,istiiab 2 soalan,1 jwb dlam BM,1 jwb dlm BA,ade gambar utuk ransangan hiwar(gambar situasi),sesuaikan ucapan dengan gambar yg diberi,insyak 40 ppp,ni tak rasmi....

abuaqil berkata...

syukran kathiran muallimah di atas maklumat.

masih ada istiaab dlm bahasa melayu? ini yg susahnye.

sama2 kita tunggu pendedahan lpm nanti.

abumundzir berkata...

salam perjuangan ...
macam menunggu yang tak pasti pulak kan ??? ada dalam OMP gak kot ?? memahirkan guru meneka bentuk soalan yang akan keluar , hehe ...

an berkata...

hai,

Muizz @ SMKA Tun Ahmadshah (Inanam) berkata...

Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya sudah habis PMR tahun lepas. Namun, kebimbangan saya ialah soalan PMR seterusnya berformat baru. Apa yang dikekalkan dan yang berubah. Sukar bagi calon tahun sudah mendidik sikit-sikit calon PMR tahun seterusnya...

abuaqil berkata...

salam muizz,

sama2 kita tunggu pendedahan oleh lpm mac nanti
perubahan rasanya tak banyak...
wallahu a'lam

ustaz hafiz berkata...

adui pening weh aku nak buku nota pun x leh lpm punya psl ni

abuaqil berkata...

PERHATIAN!

LPM KEKALKAN FORMAT LAMA UNTUK B.A PMR

RAMAI GURU2 B.A TIDAK BERPUAS HATI,NAMUN TERPAKSA DITERIMA.MAKLUMAT LENGKAP :

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/04/terkini-perubahan-format-bahasa-arab.html

hairizzz berkata...

slm mahabbah.....


harap format x tkr ....
soalan mudah......

kamal berkata...

btul ke format terbaru tahun nie bahagian A soalan dlm bahasa arab dan kta jawabkan soalan tersebut dalam bahasa melayu(tulisan jawi)?

ustaz berkata...

salam kamal.

memang btol.format yg digunapakai ialah masih format lama.sln teks arab jwb jawi bm.
format baru mungkin pmr 2011....wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

agaknya camna soalan pmr BA taun ne ark.....

nurul syuhada berkata...

salam..mengikut maklumat yang saya perolehi,,f0rmat ba thun nie masih lagi menggunakan f0rmat seperti thun2 sbelum nie..mksd saya f0rmat lama..rmai di antara kami agak kek0k dan belum bersedia utk pmr,tmbhn pula kne practise f0rmat lama..

Abu Aqil Adnan berkata...

salam nurul syuhada...memang masih guna format lama...rujuk link :

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/04/terkini-perubahan-format-bahasa-arab.html

Abu Aqil Adnan berkata...

sama lah dgn pelajar saya pun, ramai yg tak puashati.kena bljr dr awal format lama dlm masa 5 bulan.

format lama ada kelebihan tersendiri,ada yg mudah.bhgn A shj yang susahh sbb teks arab jwb jawi.

nurul syuhada berkata...

rmai antara pelajar x puas hati sbb format ba pmr thn nie mgunakan format lama sdgkan blja format baru dr f0rm 1..

Tanpa Nama berkata...

format bru ade insyak kan?? insyak kne buat sekurang-kurangnya brape pth pkataan?

Abu Aqil Adnan berkata...

salam,

karangan pendek ( insyak ) tidak kurang 40 patah perkataan

ummi berkata...

insyak karangan saja ko ustaz atau pilihan dgn hiwar , kutbah. surat atau kad atau macamana

Abu Aqil Adnan berkata...

berdasarkan sln ting 2,pilihan hanya bghn krgn,yg lain wajib jawab..wallahu a'lam

kita tunggu dan lihat maklumt pihak jpn dlm masa terdekat

ahmad berkata...

salam ustaz

ana rasa tak tahu nak mulakan dimana untuk mengulangkaji bahasa arab utk menghadapi pmr bulan 10 nanti sekiranya format bahasa arab berubah lagi.sudah hampir 3 bulan x buat karangan tolonglah ustaz bantu saya . saya dah mula selesa dgn format sekarang . kawan2 saya hilang semangat dan x yakin . saya mengadu pada ustaz unt hilang kerisauan

Abu Aqil Adnan berkata...

salam ahmad..jangan risau insya allah akan dipermudahkan.banyakkan doa dan mengadu pada allah.
buat masa ni ahmad kena
-banyak hafal teks dlm buku teks ( untuk pemahaman)
-ulangkaji qawaid,tasrif fi'il dll
-kuasai teknik menjwb iklan, hiwar.rujuk tutorial us kat lmn ni

ustaz akan tolong setakat mampu.sebenarnya format baru lbh mudah bg ustaz dan lebih yakin bg anak2 murid ustaz.
utk karangan ustaz akn upload krgn ringkas,cuma awk kena hafal.
ada mslh htr email kpd usta di 'contact me'.apa yg ahmad tak fhm ustaz akan bantu insya allah ta'ala.us akan sentiasa update berita terkini berkaitan dgn b.arab

ahmad berkata...

salam ustaz

jazakumullah khairan kathira ustaz

lapang rasa hati saya

insyaallah ana akan ikut nasihat ustaz

Ustazah berkata...

Salam perjuangan.
Format PLBS bertanbah.
Format peperiksaan berubah.
Guru dalam dilema dan pelajar menjadi resah.
Namun perjuangan mendalami bahasa al-Quran tetap diteruskan.
Apa yang paling mendebarkan, persoalan yang berulang setiap tahun : pelajar2 straight "A"s selalu kecundang dalam BA PMR.
Rasa sebak bila tahu A untuk BA PMR = 86 %.
Benarkah itu?Kalau benar...mengapa kita berdiam diri?Jika dibandung dgn subject Sanin&Math : A = 60%.Betulkah apa yang saya tahu ini?
Sesiapa ada maklumat sebenar, harap dapat jelaskan kerunsingan saya ini.SYUKRAN.

Abu Aqil Adnan berkata...

salam ustazah,
sabar, tabahkan hati...teruskan usaha murni anda, insya Allah kejayaan akan menjadi milik anda nanti.

perkara itu tidak diketahui melainkan pihak LPM..wallahu a'lam ttg kebenarannya.

Luqman berkata...

salam ust..
sya dari maktab mahmud kedah..
insyak mmg tidak kurang dari 40 p.p ke ust??
harap ust dpt mmbantu..
salam..

Abu Aqil Adnan berkata...

salam lukman,
ye betul.tidak kurang dr 40 patah perkataan...
insya allah kalau ada masalah,tanya je
ustaz bantu setakat mampu...insya allah

Tanpa Nama berkata...

salam semua....mcm mna mw faham makna perkataan arab dgn mudah??? boleh bantu sy??

Abu Aqil Adnan berkata...

salam tanpa nama..
tiada jalan pintas. awak kena rajin2 menghafal vocab, sentiasa rujuk kamus dan banyak mengulangkaji...insya Allah akn faham teks arab

Tanpa Nama berkata...

terasa satu ketidakadilan mengetengahkan kttpn format baru hanya hampir 2 bulan sblum priksa.

ahmad berkata...

assalamualaikum
ya habibi ustaz
ana ahmad, ana tak tahu nak baca hak mana ba . buntu , apa yang perlu ana buat. insyak agaknya soalan mana ustaz . tolonglah ustaz . syukran

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share