~Perkongsian Ilmu Untuk Diamalkan Demi Menjana Iman~ Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat~Tips dan motivasi Belajar~Tutorial Bahasa Arab~Info Semasa Dari Pelbagai Sumber Untuk Manfaat Semua.
Maksud : Dua nikmat yang ramai manusia menyia-siakan iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”.
Semua manusia diberi modal masa yang sama untuk mencari bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke akhirat iaitu 24 jam sehari. Seorang menteri, doktor, guru, pelajar, buruh, peniaga atau sesiapa sahaja diperuntukkan masa sama.
Begitu juga nikmat kesihatan yang tidak dapat dibeli walau oleh seorang jutawan sekalipun. Umumnya Allah mengurniakan nikmat sihat sepanjang masa kepada manusia. Cuma kadang-kadang diuji dengan demam, batuk, sakit kepala dan sebagainya.
Sesiapa yang memanfaatkan dua nikmat ini dengan bijak akan kembali ke akhirat dalam keadaan bahagia. Sebaliknya sesiapa yang menyia-yiakan dua nikmat ini akan kembali ke akhirat dalam keadaan yang menyesal dan kecewa.
Namun dua nikmat ini seringkali diabaikan oleh kebanyakan manusia yang berjiwa kosong. Nikmat sihat dan masa lapang dibiarkan begitu sahaja tanpa manfaat sama ada untuk kebaikan dunianya atau untuk kehidupan akhirat.
Lebih-lebih lagi bagi seorang pelajar yang dipertanggungjawabkan untuk menuntut ilmu. Amat pelik sekiranya pelajar yang sepatutnya menghabiskan masa untuk membuat kerja rumah, menghafal, mengulangkaji, membuat nota atau peta minda masih berkesempatan untuk lepak di depan televisyen, membaca novel, mendengar muzik yang melalaikan atau ber’sms’ tanpa tujuan.
Ibn al-Jauzi mengatakan: Kadang-kadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang kerana sibuk dengan urusan dunianya. Dan kadang-kadang pula seseorang itu memiliki waktu terluang, tetapi ia dalam keadaan tidak sihat. Sekiranya terkumpul pada manusia waktu lapang dan nikmat sihat, tetapi masih berasa malas dalam melakukan amalan ketaatan maka itulah manusia yang telah terpedaya.
Saidina Umar bin Khattab berkata yang bermaksud :
“Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan-jalan tanpa mengindahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli untuk kehidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan akhiratnya.”
Ibnu Mas’ud pula berkata yang bermaksud :
“Aku sangat membenci orang yang menganggur, tidak melakukan sesuatu pun untuk kehidupan dunia ataupun akhirat.
Manfaatkanlah nikmat sihat dan masa lapang untuk perkara yang bermanfaat untuk kita sama ada untuk kehidupan dunia atau pun kehidupan akhirat. Semoga Allah memberi taufik dan petunjukNya agar kita dapat memanfaatkan dua nikmat ini dalam ketaatan. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah saw dalam hadis ini.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
1 comments:
Ariffah9
berkata...
hoho, nikmat sihat dan waktu lapang~ waktu sakit kkdg bru nk mghargai rasa sihat~ sama juga bila cbuk..
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
1 comments:
hoho, nikmat sihat dan waktu lapang~
waktu sakit kkdg bru nk mghargai rasa sihat~
sama juga bila cbuk..
Catat Ulasan