22 Januari, 2010
Antara Wanita yang Tidak Akan Masuk Surga
Rasulullah saw pernah bersabda :
"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)
Terdapat banyak hadis Rasulullah yang memaklumkan peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman. Ini adalah mukjizat maknawi Rasulullah saw iaitu baginda dapat membuat ramalan yang tepat dengan izin dan bantuan Allah SWT.
Ingat! Ancaman yan terdapat dalam hadis ini ialah wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna tidak akan dapat mencium bau syurga, apatah lagi untuk memasukinya.
Agar tidak termasuk dalam golongan ini, tutuplah aurat mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syariat. Iaitu menutup seluruh tubuh badan melainkan muka dan kedua tapak tangan. Pakailah tudung sehingga dapat menutupi paras dada, pakaian yang longgar dan tidak nipis serta tidak menampakkan susuk tubuh anda.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
4 comments:
ooowwww...
Ustaz,boleh ana copy?bawa ke blog...
salam, dayana
amat dialu-alukan....
ustaz....macam mane pulak kalau perempuan yang hanya memakai pakaian yg tertera hanya ketika di sekolah....di luar dia hanya berpakaian seperti biasa dan tidak menutup bahagian2 tertentu....apakah hukumnya ?
Catat Ulasan