
BISMILLAH…
Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan kata nama dari sudut bilangan.
Kata nama dari segi bilangan terbahagi kepada tiga :
1. المُفْرَد ( tunggal )
Iaitu menunjukkan bilangan satu. Contoh :
| كَاتِبٌ | قِطٌّ | سَيَّارَةٌ | قَلَمٌ | 
| seorang kerani | seekor kucing | sebuah kereta | sebatang pen | 
2.  المُثَنَّى ( bilangan dua )
Iaitu menunjukkan bilangan dua.
Tandanya ialah ditambah  ( ا ن  / ي ن ) di akhir. Contoh :
| كَاتِبَانِ | قِطَّانِ | سَيَّارَتَانِ | قَلَمَانِ | 
| dua orang kerani | dua ekor kucing | dua buah kereta | dua batang pen | 
3. الجَمْع( bilangan tiga ke atas)
Iaitu menunjukkan bilangan tiga atau lebih.
Jamak terbahagi kepada tiga jenis  ;
i. Bilangan ramai untuk lelaki yang berakal (جمع المُذَّكَر السَالِم  ). Tandanya ialah di tambah   ( ون  /  ي ن  ) di akhir.
Peringatan :   tidak boleh dimasukkan kepada benda. Contoh :
| كَاتِبُونَ | طَالِبُونَ | فَلَّاحُونَ | نَاجِحُونَ | 
| para kerani | para pelajar | petani-petani | golongan yang berjaya | 
ii. bilangan ramai untuk perempuan ( جمع المُؤَنَّث السَالِم) . Tandanya ialah ditambah  ( ات   ) di akhir. . Ia digunakan untuk manusia dan benda. Contoh :
| كَاتِبَاتٌ | تِلْمِيذَاتٌ | حَقِيبَاتٌ | 
| kerani-kerani wanita | para pelajar perempuan | beg-beg | 
iii. Perubahan daripada binaan mufradnya dalam jama’ Taksir  ( جمع التَكْسِير ). Jama’ jenis ini digunakan pada manusia dan benda.  Untuk mencari jamak jenis ini hendaklah merujuk kamus ( cari perkataan mufrad )
| رُكَّابٌ | طُلَّابٌ | كُتُبٌ | مَدَارِسُ | 
| para penumpang | para pelajar | buku-buku | sekolah-sekolah | 
Tajuk jama’ ini akan diperincikan dalam tutorial akan datang kerana perbahasannya agak kompleks. Sekian dulu tutorial untuk kali ini.  Diharap pelajar memahaminya. Sekiranya terdapat soalan dialu-alukan kemukakannya. Jangan malu untuk menambah ilmu.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
 

 
 

 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 





3 comments:
Assalamualaikum...
jama' muzakkar salim pun boleh
masuk dalam musanna kh??sbab
jamak muzakkar salim pun ada ya+nun...
salam,
jamak muzakkar dan musanna perkara berbeza :
jamak muzakkar ditambah ya dan nun bila.. ia keadaan baris atas/bawah kalau mufrad
contoh :
طَالِبِينَ
ba baris bawah.(pljr2 lelaki)
tapi kalau musanna pun dalam keadaan baris atas/bawah kalau mufrad TAPI
طَالِبَيْنِ
ba baris atas( dua orang pljr lelaki )
*jelas tak?kalau tak, sebut kat mana?
ahsanti WA SYUKRAN krn bertanya...:)
assalmualaikum khy... kalo majaz dalam al qur'an apa boleh di gunakan???
tolong bisa jelaskan ke saya???
Catat Ulasan