05 Disember, 2009

TUTORIAL : KATA NAMA TUNGGAL ( مُفْرَد ), DUA( مُثَنَّى ), DAN RAMAI/BANYAK ( جَمْع )






BISMILLAH…

Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan kata nama dari sudut bilangan.

Kata nama dari segi bilangan terbahagi kepada tiga :


1. المُفْرَد ( tunggal )

Iaitu menunjukkan bilangan satu. Contoh :



كَاتِبٌ قِطٌّ سَيَّارَةٌقَلَمٌ
seorang kerani seekor kucing sebuah kereta sebatang pen


2. المُثَنَّى ( bilangan dua )

Iaitu menunjukkan bilangan dua.

Tandanya ialah ditambah ( ا ن / ي ن ) di akhir. Contoh :




كَاتِبَانِ قِطَّانِ سَيَّارَتَانِقَلَمَانِ
dua orang kerani dua ekor kucing dua buah kereta dua batang pen


3. الجَمْع( bilangan tiga ke atas)

Iaitu menunjukkan bilangan tiga atau lebih.

Jamak terbahagi kepada tiga jenis ;

i. Bilangan ramai untuk lelaki yang berakal (جمع المُذَّكَر السَالِم ). Tandanya ialah di tambah ( ون / ي ن ) di akhir.

Peringatan : tidak boleh dimasukkan kepada benda. Contoh :




كَاتِبُونَ طَالِبُونَ فَلَّاحُونَ نَاجِحُونَ
para kerani para pelajar petani-petani golongan yang berjaya


ii. bilangan ramai untuk perempuan ( جمع المُؤَنَّث السَالِم) . Tandanya ialah ditambah ( ات ) di akhir. . Ia digunakan untuk manusia dan benda. Contoh :




كَاتِبَاتٌ تِلْمِيذَاتٌ حَقِيبَاتٌ
kerani-kerani wanita para pelajar perempuan beg-beg


iii. Perubahan daripada binaan mufradnya dalam jama’ Taksir ( جمع التَكْسِير ). Jama’ jenis ini digunakan pada manusia dan benda. Untuk mencari jamak jenis ini hendaklah merujuk kamus ( cari perkataan mufrad )




رُكَّابٌ طُلَّابٌ كُتُبٌمَدَارِسُ
para penumpang para pelajar buku-buku sekolah-sekolah


Tajuk jama’ ini akan diperincikan dalam tutorial akan datang kerana perbahasannya agak kompleks. Sekian dulu tutorial untuk kali ini. Diharap pelajar memahaminya. Sekiranya terdapat soalan dialu-alukan kemukakannya. Jangan malu untuk menambah ilmu.

WALLAHU TA’ALA A’LAM



3 comments:

Dayana berkata...

Assalamualaikum...
jama' muzakkar salim pun boleh
masuk dalam musanna kh??sbab
jamak muzakkar salim pun ada ya+nun...

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salam,

jamak muzakkar dan musanna perkara berbeza :

jamak muzakkar ditambah ya dan nun bila.. ia keadaan baris atas/bawah kalau mufrad

contoh :
طَالِبِينَ

ba baris bawah.(pljr2 lelaki)

tapi kalau musanna pun dalam keadaan baris atas/bawah kalau mufrad TAPI

طَالِبَيْنِ

ba baris atas( dua orang pljr lelaki )

*jelas tak?kalau tak, sebut kat mana?
ahsanti WA SYUKRAN krn bertanya...:)

Tanpa Nama berkata...

assalmualaikum khy... kalo majaz dalam al qur'an apa boleh di gunakan???

tolong bisa jelaskan ke saya???

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share