07 Disember, 2009

TUTORIAL : KATA-KATA HIKMAH ( الحِكَمُ ) DAN PERUMPAMAAN ( الأَمْثَالُ )







BISMILLAH…

Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan salah satu bentuk soalan format baru iaitu soalan mengenai kata-kata hikmah ( الحِكَمُ ) dan perumpamaan ( الأَمْثَالُ ). Untuk menguasai soalan bahagian ini, para pelajar hendaklah betul-betul mengingati bacaan dengan baris yang betul serta dapat memberi pengajaran daripada kata-kata hikmah atau perumpamaan itu. ( jawapan hanyalah menggunakan Bahasa Arab).


Tutorial bahagian ini ustaz akan menyatakan kata hikmat tersebut, kemudian akan diterjemahkan agar mudah untuk menghafalnya dan akhir sekali ustaz akan terangkan pengajaran dalam Bahasa Arab beserta maknanya.

***Semua kata hikmah yang dipelajari dari tingkatan satu hendaklah dikuasai dengan baik untuk mencapai A dalam Bahasa Arab. Ustaz akan menerangkan bermula dari tajuk pertama tingkatan satu agar pelajar tidak ketinggalan dari awal.

Kita mulakan dengan Kata hikmah yang pertama dan yang paling mudah :

مَنْ جَدَّ وَجَدَ

Maksud : “Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan.”

العِبْرَةُ وَالاِتِّعَاظُ (iktibar dan Pengajaran )

مَنْ اِجْتَهَدَ وَجَدَّ فِي فِعْلِ الشَّيْءِ حَصَلَ عَلَى النَّجَاحِ

Maksud : Sesiapa yang rajin dan tekun melakukan sesuatu dia akan mencapai kejayaan.

PERINGATAN : Pastikan anda mengingati kata-kata hikmah dengan baris yang betul serta dapat memberikan pengajaran dalam bahasa arab. Sila hafal. Soalan yang akan ditanya sama ada :

1- Letakkan baris

2- Isi tempat kosong

3- Nyatakan pengajaran

Sekian dahulu tutorial pada kali ini. Semoga pelajar memahaminya dengan baik.

WALLAHU TA’ALA A’LAM.


6 comments:

Dayana berkata...

Assalamualaikum...
soalan nyatakan pengajaran tu yang
ana rasa susah...takut salah nahu...
tapi ana nak tanya,soalan isi tempat kosong tu
macam mana???

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

dayana jangan fikirkan takut salah nahu. nahu tidaklah diambil kira sgt PMR ni.

isi tempat kosong...

diberi hikam/amsal dua baris disuruh lengkapkan tempat kosong.tu je,simple

tp kalau kalau tak hafal...kantoi

jgn bimbang,..mudah je

Dayana berkata...

ooo..syukran..
insya Allah..^__^

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

bahagian kata2 hikmat hanya keluar utk bhgn lisan shj. tiada dlm sln bertulis...selamat

Unknown berkata...

assalamualaikum ustaz,
boleh tak share hikam wa amsal tingkatan 1-3lam kbd dengan maksud dia

Unknown berkata...

masa ujian bertutur nanti kene terangkan maksud dia hikam tu macam mana

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share