10 Disember, 2009

TUTORIAL : JENIS AYAT PERTAMA ( الجُمْلَةُ الاِسْمِيَّةَ )




BISMILLAH...

Untuk memahami tajuk ini, pelajar dikehendaki memahami sebaiknya tajuk kata nama dan tajuk kata kerja ( Madhi, Mudhari' dan Amr). Sila rujuk tutorial tajuk-tajuk berkenaan untuk memudahkan anda faham tajuk ini.


Ayat dalam Bahasa Arab ialah  ( الجُمْلَةُ   ). Dalam Bahasa arab hanya terdapat dua jenis ayat, iaitu :


1- الجُمْلَةُ الِاسْمِيَّةُ

2- الجُمْلَةُ الِفْعِلَّيةُ


 Kita terus kepada ayat yang pertama iaitu الجُمْلَةُ الِاسْمِيَّة

Bagaimana cara untuk mengenali jumlah ismiyyah ini?

Mudah sahaja, anda cuma perlu perhatikan perkataan di awal ayat. sekiranya dimulakan dengan kata nama ( الاسم ), maka ia adalah jumlah ismiyyah. Tapi anda mesti menguasai tajuk ciri-ciri kata nama( rujuk tutorial kata nama) untuk mengenal pasti perkataan tersebut adalah kata nama. Contoh :

      
         
محمد حَاضِرٌ
المُدِيرُ يَدْخُلُ إلى الِإدَارَة
في الفَصْلِ طَالِبُون
Muhammad hadir
Pengetua memasuki pejabat
Di dalam kelas terdapat para pelajar

Di dalam ayat di atas, Muhammad dan pengetua adalah kata nama, maka ia adalah jumlah ismiyyah.

*Peringatan : Ayat yang dimulakan dengan harf ( partikel/ kata hubung) juga adalah jumlah ismiyyah. Lihat contoh yang ketiga. Ini juga adalah jumlah ismiyyah.


Semoga para pelajar dapat memahami jumlah ismiyyah ini dengan baik.

WALLAHU TA'ALA A'LAM


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share