09 Disember, 2009

RUANGAN BARU : KETAWA PENAWAR DUKA



Satu ruangan baru iaitu ruangan 'Ketawa Penawar Duka" ditambah pada laman ini. Ruangan ini akan diisi dengan cerita-cerita lawak dan kelakar berkisarkan dunia pendidikan. Ini bertujuan untuk merehatkan minda dengan menikmati hiburan ringan dan santai yang boleh mencuit hati kita seterusnya dapat menghilangkan kedukaan dan tekanan dalam kehidupan. kisah-kisah ini mampu membuat anda tersenyum sendirian. Nikmati santai yang pertama yang bertajuk : "Perkataan Berlawanan".



Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
 Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
------------

Moral : Salah faham boleh mengharu-birukan suasana dan boleh menimbulkan ketegangan.

3 comments:

Arija(2 Arab 1) berkata...

Berilah perhatian kepada guru sepenuhnya supaya tiada kekeliruan yang timbul.......

Abu Aqil berkata...

salam,

arija.syukran ziarah laman ni.

semoga dapat manfaat di sini...jazakillah

arija218(2Arab1) berkata...

Laman ini mempunyai banyak manfaat dan saya terhibur dengan ruangan baru yang disediakan iaitu ketawa penawar duka..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share