11 Disember, 2009

TUTORIAL : JENIS AYAT KEDUA (الجُمْلَةُ الِفْعِلَّيةُ )





BISMILLAH...

Tutorial kali ini ialah sambungan kepada tajuk yang sebelum ini iaitu jenis ayat. Sebelum ini telah dijelaskan jenis ayat yang pertama iaitu jumlah ismiyyah.


Jenis ayat yang kedua pula ialah الجُمْلَةُ الِفْعِلَّيةُ. Anda hanya perlu mengenal pasti perkataan di awal ayat. Sekiranya di awal ayat terdapat kata kerja sama ada fi’il madhi, mudhari’ atau amr maka itulah jumlah fi’liyyah. Para pelajar dikehendaki menguasai ketiga-tiga jenis kata kerja ini untuk memahami tajuk ini. Sila rujuk tutorial yang berkaitan sekiranya anda belum mengenali ciri-ciri kata kerja tersebut. Contoh :

    
اِغْتَسَلَتْ عَائِشَةُ المَلَابِسَ
يَجْتَهِدُ التِلْمِيذُ فِي الدَرْسِ
اِقْرَأْ القُرْءَانَ كُلَّ يَوْمٍ

Aishah membasuh pakaian      
Pelajar perempuan itu tekun dalam pelajaran
Bacalah al-Quran setiap hari

Ketiga-tiga ayat di atas dimulai dengan kata kerja ( الفعل  ) maka semuanya adalah jumlah fi’liyyah.
Kesimpulan bab ini ialah sekiranya kata nama ( ( الاسم  di awal ayat maka ia adalah jumlah ismiyyah dan sekiranya pada awal ayat terdapat kata kerja ( الفعل ) maka ia adalah jumlah fi’liyyah. Mudah bukan?.

Semoga para pelajar dapat memahami kedua-dua tajuk ini dengan baik.

WALLAHU TA'ALA A'LAM


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share