29 November, 2009

TUTORIAL : KATA KERJA MADHI ( الفِعْلُ المَاضِي )






BISMILLAH..

Tutorial kali ini berkaitan dengan kata kerja ( الفِعْلُ ). kata kerja terbahagi kepada tiga:
1- kata kerja madhi
2- kata kerja mudhari'
3- kata kerja Amr (kata perintah)
Kata kerja merupakan topik utama dalam bahasa Arab. Sesiapa yang mampu menguasai topik kata kerja, insya Allah dia akan dapat menguasai bahasa arab. Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan pengenalan kata kerja madhi. Fi’il madhi membawa maksud sesuatu perbuatan yang telah berlaku (الماضي).

Kata kerja ini pada asasnya terdiri daripada tiga huruf ( الفعل الماضي المُجَرَّد - tanpa huruf tambahan- ) contoh :

رَكِبَ - صَبَرَ - شَرِبَ - ضَحِكَ

Namun, terdapat juga kata kerja madhi yang terdiri daripada empat, lima atau enam huruf bila ia ditambah huruf-huruf tambahan yang sepuluh huruf (سَأَلْتُمُونِيهَا ). Ia dipanggil ( الفعل الماضي المُزِيد - ditambah huruf tambahan- contoh :

اِجْتَهَدَ - قَابَلَ - اِسْتَلَمَ - اِسْتَخْرَجَ - عَيَّنَ

Semua kata kerja di atas adalah fi’il madhi ( perkara inilah biasanya pelajar keliru ). Fi’il madhi bukan hanya tiga huruf. Malah ada yang empat, lima dan enam.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI KATA KERJA MADHI?

Untuk mengenalinya boleh dilihat ciri-ciri kata kerja ini, iaitu :

1. baris atas ( fathah ) di akhir.

2. terdapat ا , وا di akhir.

3. Di akhir terdapat huruf تْ , تَ , تِ , تُ , تَا , تُمَا , تُمْ , تُنَّ

4. terdapat نَا atau نَ di akhir.


Kata kerja madhi ini akan berubah bila dimasukkan pelakunya ( الفاعل ). perubahan ini bergantung kepada jantina dan bilangan pelakunya. Perkara ini akan diterangkan dalam tutorial akan datang. Semoga anda memahami tajuk ini.

Sekian …WALLAHU TA’ALA A’LAM.


1 comments:

jasonbob berkata...

hermes belts
adidas nmd
jordan shoes
supreme shirts
golden goose sneakers
nike lebron 15
balenciaga shoes
air jordan
jordan 4
paul george shoes
xiaofang20191217

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share