23 November, 2009

TIPS-TIPS CEMERLANG B. ARAB






tiada jalan mudah untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang. begitu juga bahasa arab yang merupakan subjek bahasa asing. hanya pelajar yang istiqamah sahaja yang mampu mengambil subjek ini sebenarnya. di sini ustaz ingin memberikan tips agar cemerlang dalam subjek b arab.


1- perbetulkan niat lillah. untuk memahami isi kandungan al-quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari.

3- tanamkan minat yang mendalam menuntut bahasa arab.

4- memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

5- sediakan kamus catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

6- menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

7- menyemak kembali hafalan lama( refresh ) agar tidak lupa.

8- perbanyakan latihan dan latih tubi.

9- kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. cara ini mudah untuk mengingati tharwah lughawiyyah.

10- hindari perbuatan yang sia-sia seperti mendengar lagu dan jangan sekali-kali melibatkan diri dengan ' COUPLE'.

sepuluh tips ini ustaz kongsikan untuk semua anak didik mudah-mudahan ia dapat dijadikan panduan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan 10 perkara di atas lebih baik jangan berangan untuk mencipta kejayaan dalam B. Arab. sesiapa yang malas, susah nak ingat dan cepat jemu dinasihatkan agar tidak mengambil kertas bahasa arab awal-awal. jangan bebankan diri anda dengan perkara yang anda tidak mampu.


NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

WALLAHU TA'ALA A'LAM

4 comments:

aishah fahana berkata...

assalammua'laikum.Boleh saya guna isi kandungan petu2 cemerlang bahasa arab ustaz ini untuk dimuatkan dalam blog saya untuk berkongsi ilmu ini bersama teman2 .Articles ini juga akan saya jadikan sumber motivasi untuk saya terus cemerlang dalam bahasa arab.insyaaallah .

Abu Aqil Adnan berkata...

SALAM AISHAH FAHANA...

dialu-alukan utk mengambil mana2 isi di sini. cuma ustaz harap diletakkan link sumber asalnya.

semoga saudari cemerlang dlm b.arab

Abu Aqil Adnan berkata...

harap aishah sudi berikan link blog...untuk dimanfaatkan...syukran

Tanpa Nama berkata...

alhamdullilah.:) b.arab mata pelajaran paling favorites buat semua..:D

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share